suria

“Jangan ungkit siapa betul atau salah"... Kak Nona sedia berdamai, mahu adik beradik datang ke rumah

Kak Nona juga terbuka untuk berbaik dengan Kak KM.

KAKAK kepada usahawan sensasi, Kak KM iaitu Kak Nona terbuka untuk kembali berbaik dengan adik beradiknya susulan konflik yang berlaku sebelum ini. 

Bagaimanapun Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin Rosli, 51, berkata dia menetapkan beberapa syarat sebelum perkara tersebut menjadi realiti. 

"Kalau betul ikhlas, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk mereka (adik beradik yang terlibat) untuk datang. 

"Mereka datang tidak perlu minta maaf, tetapi apa yang saya nak hanyalah lupakan sengketa lama dan jangan ungkit perkara dahulu siapa betul atau salah. 

    Kak Nona minta Kak KM hadir ke rumahnya jika mahu berbaik. 

"Kita mulakan hidup baru. Apa yang penting, mereka perlu hadir ke rumah saya. Bukan saya yang perlu pergi ke mereka," katanya kepada mStar. 

Menurut Nona, sebagai adik-beradik dia semestinya gembira sekiranya hubungan kekeluargaan dapat kembali pulih seperti sedia kala.

"Saya memang terbuka untuk berbaik kembali dengan adik beradik. Kalau mereka datang ke rumah semestinya saya akan gembira. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sedia berdamai, tahu Kak Nona berdepan masalah rumah tangga... “Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu”

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi berlari di ‘Shibuya Crossing’ undang kecaman, Kak KM didakwa cemarkan imej Malaysia

"Tapi untuk sekarang ini, apa yang dia (Kak KM) buat seolah-olah hanya menuding jari kepada saya sahaja. Hanya menyalahkan satu pihak dalam isu yang berlaku. Itu tidak boleh," ujarnya. 

Dalam usaha meleraikan salah faham, Nona menjelaskan adik-beradik yang dimaksudkan adalah Kak KM, Uji dan Lydia. 

"Ahya adalah seorang adik yang baik. Dia faham situasi dan tidak berpihak kepada mana-mana. Dia tetap berjumpa dengan kakak-kakaknya. 

Kak Nona minta supaya perkara lama tidak diungkit lagi. 

 

"Malah Ahya juga menasihati supaya kami berdua (saya dan Kak KM) selesaikan isu tersebut secara baik," ujarnya. 

Terdahulu, hubungan dua beradik itu menjadi perhatian ramai apabila netizen mendakwa wujud perselisihan faham akibat urusan perniagaan. 

Keakraban yang pernah terjalin sebelum ini dilihat semakin renggang apabila mereka tidak lagi kelihatan bersama seperti dahulu.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain