suria

Bukan niat menyeksa… Kes lafaz taklik Linda Hashim, Beego tangguh lagi

Kes lafaz taklik Linda dan Beego masih diteruskan mengikut proses mahkamah.

KEMELUT rumah tangga pelakon Linda Hashim dan suaminya, Beego masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 9 April ini sebagai tarikh baharu prosiding pengesahan lafaz taklik.

Peguam yang mewakili Beego, Akmal Amzan berkata, perbicaraan tidak dapat diteruskan pada Isnin susulan masalah teknikal berlaku tanpa dirancang.

"Hari ini kami telah menyampaikan wakalah dan pembelaan peguam, namun perbicaraan tidak dapat dijalankan pada tarikh sama.

Beego hanya ikut prosedur mahkamah.

"Jadi mahkamah menetapkan 9 April ini sebagai tarikh baharu untuk perbicaraan,” katanya kepada mStar ketika ditemui di perkarangan mahkamah, petang Isnin.

Sementara itu, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyeksa isterinya, sebaliknya hanya mengikut proses yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Malah dia juga tidak menafikan berlakunya lafaz taklik namun terdapat kekeliruan yang menyebabkan kes tersebut berlarutan.

"Saya tak boleh buat apa-apa dan tak boleh langkau proses mahkamah. Saya hanya ikut apa yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tak layak jadi khalifah” – Linda Hashim jawab tak perlu izin Beego pergi umrah 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Linda Hashim tahu lokasi Beego, dakwa suami tipu alasan kematian ahli keluarga

"Panjang kes ini bukan berpunca daripada pihak kami, sebaliknya melibatkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan pihak Linda yang memaklumkan terdapat lafaz taklik, jadi ia perlu difailkan di mahkamah,” ujarnya.

Tambah pelakon itu lagi, usahanya mempertahankan rumah tangga sebelum ini dilakukan demi menjaga amanah sebagai suami.

Namun dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya mahkamah mengesahkan lafaz taklik yang dibuat sebelum ini. 

"Pada saya, ini satu ujian daripada Allah SWT dan mempertahankan rumah tangga adalah perkara yang perlu saya lakukan.

Saya tak boleh buat apa-apa dan tak boleh langkau proses mahkamah.

BEEGO

PELAKON

"Kalau akhirnya mahkamah membuat keputusan dan saya perlu reda, saya terima.

"Sebenarnya bukan niat untuk menyeksa. Sebelum ini saya hanya minta masa untuk memulihkan keadaan, tetapi apabila perkara ini difailkan dan menjadi panjang, saya tiada pilihan selain mengikut proses,” jelasnya.

Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda atau Norhazlinda Hashim, 42, dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Sudah lebih setahun kes lafaz taklik Linda dan Beego berlangsung.

Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun, mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain