suria

Stesen TV Media Prima henti serta merta kemunculan pendakwah selebriti seleweng dana, salah guna kuasa

Seorang pendakwah selebriti direman dua kali oleh SPRM.

RANGKAIAN Televisyen Media Prima (MPTN) mengambil tindakan menghentikan serta-merta penampilan seorang pendakwah bebas selepas dipercayai terlibat dalam penyelewengan dana serta salah guna kuasa. 

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak pengurusan televisyen itu memandang serius isu tersebut dan menyerahkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan. 

"Kami merujuk kepada laporan media berhubung siasatan oleh SPRM melibatkan individu yang pernah tampil di rangkaian televisyen kami.

"Pihak kami telah menghentikan serta-merta penampilan individu tersebut dalam mana-mana siaran kami bagi memberi laluan proses undang-undang berkaitan dijalankan pihak berkuasa.

Seorang pendakwah selebriti direman dua kali oleh SPRM.

Pendakwah selebriti dua kali direman SPRM.

“Pengurusan kekal komited dalam memastikan standard integriti yang tertinggi demi kepercayaan berterusan penonton kami," jelas kenyataan berkenaan. 

Tambahnya pihak mereka sebelum ini telah menjalankan penelitian rapi terhadap pendakwah berkenaan sebelum tampil dalam sebuah program bual bicara berkaitan agama. 

"Untuk makluman, pihak stesen telah menjalankan proses penelitian dalaman yang rapi, termasuk semakan terhadap pentauliahan mengajar yang sah daripada pihak berkuasa berkaitan.

"Segala dokumentasi berkaitan individu ini telah mematuhi garis panduan dalaman kami sebelum sebarang siaran program seumpama ini dibuat," jelasnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah popular direman bantu siasatan salah guna kuasa dana pusat pengajian agama di Sungai Petani 

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah selebriti popular direman sekali lagi, kali ini libatkan dana RM1.3 juta pula

Pada Jumaat lalu pendakwah berkenaan sekali lagi ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 8 Februari dikeluarkan oleh Majistret Nur Amalina Abd Rahman selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah. 

Terdahulu individu sama direman selama sehari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana sebuah pusat pembangunan dan pendidikan agama di Sungai Petani. 

Difahamkan pendakwah lelaki itu bersama seorang lagi suspek wanita bersubahat meluluskan dana awam berjumpa RM600,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain