suria

Lepas suruh hantar ke rumah, pembeli minta tangguh bayar hutang 'dessert' sampai dapat gaji - "Bukan jatuh miskin pun RM20"

Setiap peniaga perlu berdepan pelbagai kerenah pelanggan. -Gambar hiasan AI

SEORANG peniaga dessert atau pencuci mulut berdepan pengalaman yang sukar dilupakan ketika berniaga di kawasan perumahannya setahun yang lalu.

Menurut peniaga itu, seorang pelanggan membuat tempahan makanan dan meminta agar makanan tersebut dihantar ke rumah dengan janji bayaran akan dibuat melalui kod QR.

Bagaimanapun, bayaran yang dijanjikan tidak diterima selepas dia menghantar makanan tersebut sebagaimana diminta.

"Ada pelanggan yang beli dessert duduk dekat kawasan perumahan saya ni. Dia beli pencuci mulut tapi suruh saya hantar dekat rumah. Dia suruh sangkut je dekat pintu.

Peniaga perlu berhati-hati ketika mengambil tempahan daripada pelanggan. -Gambar hiasan AI

"Katanya nanti nak bayar melalui QR tapi tak buat pembayaran sampai ke waktu Maghrib. Saya minta, tapi dia cakap tunggu gaji masuk. Saya pun bising la dekat dia.

"Saya cakap nak guna duit tu buat modal tambah barang-barang berniaga. Saya cakap dekat dia, kalau tak ada duit jangan la order dulu," cerita peniaga itu di Thread.

Lebih mengecewakan, pelanggan tersebut didakwa memandang remeh nilai makanan yang ditempah dengan menyatakan jumlah tersebut tidak akan membuatkan seseorang itu jatuh miskin.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin kecoh gara-gara ‘dessert table’, 2 ‘tuan rumah’ beri arahan bercanggah... Peniaga malu kena tengking depan tetamu

ARTIKEL BERKAITAN: Cheese cake dah jadi tahi pelanggan masih 'liat' bayar! Peniaga jenuh mengemis, suami campur tangan dicop 'sakai'

"Terus pelanggan ni mengamuk. Dia balas mesej saya cakap RM20 je bukan RM200. Bukan jatuh miskin pun kalau kurang RM20. 

"Saya cakap balik RM20 pun tak mampu, ini kan pula RM200. Malam tu baru dia bayar. Saya ni lembut sangat agaknya sampai orang ambil kesempatan.

"Pelanggan tu cakap dia dah takut nak buat tempahan dengan saya, tapi sebenarnya saya okay kalau bayar bila-bila pun. Sedih betul saya, tapi masih percaya pada rezeki Allah," jelasnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyokong peniaga kecil dan menasihatkannya agar lebih tegas dalam urusan bayaran.

  • Pelanggan minta gantung 'dessert' di pintu, janji bayar guna QR.
  • Bayaran RM20 diterima lewat hingga malam, mula-mula beri alasan tunggu gaji.
  • Peniaga terkilan pelanggan ambil ringan hutang sebab jumlah kecil.
  • Sifat terlalu lembut buat orang ambil kesempatan.
  • Netizen sarankan ambil deposit sebelum terima tempahan.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meminta peniaga tersebut untuk meminta deposit atau bayaran penuh.

"Saya biasanya ambil juga deposit. Kalau tak bagi memang tak teruskan tempahan. Bukan apa, barang bakeri sekarang agak mahal. Duit itu la kita nak jadikan semula modal pun.

"Tak ada 'common sense' langsung ye pelanggan tu. Kita boleh ambil lebih kurang tapi kadang pelanggan ambil kesempatan pula. Sudah la siap hantar, sangkut dekat pintu.

"Tak boleh pelanggan buat macam tu. Makanan wajib bayar dulu sebelum makan. Saya tak berani berhutang bab makanan ni. Bayar dulu baru duduk makan kalau lauk jenis cedok ni," komen beberapa netizen.

Artikel Lain