suria

Setiap hari 'meriah' lauk siap ada siakap, tulang rusuk... Kos beli barang basah untuk keluarga ini kurang RM250 sebulan

Bahan basah yang dibeli terus dicuci dan dilabel mengikut jenis hidangan. -Foto Thread Solehah Shafiri

SEBUT sahaja tentang barang dapur, ramai mula 'pening kepala' apabila memikirkan tentang bajet dan kos yang perlu diperuntukkan.

Berbeza dengan pasangan ini apabila mereka berjaya membuktikan bahawa kewangan dan perancangan menu yang betul sememangnya mampu menjimatkan poket.

Berkongsi teknik yang diguna pakai, Solehah Shafiri berkata dia dan suami duduk berbincang tentang menu yang ingin dimasak dalam tempoh sebulan.

Katanya, dengan cara ini bajet awal yang dianggarkan berjumlah RM400 akhirnya berkurang menjadi RM241 bagi lapan jenis hidangan.

Lebih mengejutkan apabila menu tulang rusuk turut termasuk dalam hidangan yang dirancang.

"Kesemua bahan dibasuh, diasingkan dan dilabel mengikut menu supaya memudahkan proses memasak.

"Cara ini mudah untuk mereka yang sibuk terutama keluarga besar," ujarnya di Thread.

Menu hidangan yang dirancang sepanjang tempoh sebulan. -Foto Thread Solehah Shafiri

Menu hidangan yang dirancang sepanjang tempoh sebulan. -Foto Thread Solehah Shafiri

Berikut senarai lauk sebulan yang dibeli pasangan ini:

1. Lima ekor ayam (RM87)

2. Tulang rusuk lembu (berat 2 kilogram)

3. Daging dan lemak 500 gram (RM71)

4. Ikan kembong empat ekor (RM8)

5. Ikan siakap tiga ekor saiz M (RM38)

6. Ikan bawal emas (RM19)

7. Udang 10 ekor (RM7)

8. Sotong enam ekor (RM11)

Artikel Lain