suria

Tujuan tidur siang nak 'recharge' tenaga, tapi akhirnya sakit kepala! Anda mungkin buat 5 kesilapan ini

Tidur siang dapat membantu mencergaskan semula tubuh yang lesu. -Gambar hiasan AI

RAMAI yang beranggapan tidur siang adalah cara terbaik untuk 'recharge' tenaga.

Namun ada segelintir yang mengalami keletihan dan lesu walaupun telah tidur di siang hari.

Lebih mengejutkan apabila ada yang tiba-tiba rasa pening dan hilang 'mood' sejurus bangun dari tidur.

Anda yang mengalami masalah ini, cuba amalkan kaedah yang dikongsi Real Simple bagi mendapatkan tidur siang yang berkualiti.

Paling penting, ia tidak menggaggu tidur malam anda!

Ini lima tip daripada pakar perubatan tidur dan paru-paru dari Hospital Brigham and Women's, Dr Carolyn D'Amboriso.

1. Masuk fasa tidur nyenyak

Pakar gangguan tidur, Dr Carolyn D’Ambrosio menyarankan orang dewasa hanya tidur selama 20 minit. 

Tempoh singkat ini membolehkan badan berada dalam fasa tidur ringan tanpa masuk ke fasa tidur nyenyak. 

Hasilnya, anda bangun rasa segar dan 'alert', bukannya mamai!

2. Tidur lebih 30 minit

Tidur lebih dari setengah jam boleh menyebabkan 'sleep inertia' iaitu keadaan di mana anda rasa sangat lesu dan susah nak fokus selepas bangun. 

Namun, jika anda kerja syif malam atau atlet, tidur 90 minit adalah ideal untuk melengkapkan satu kitaran tidur penuh bagi pemulihan otot.

Suasana di hotel sering membuatkan seseorang tidur nyenyak. -Gambar hiasan AI

Suasana di hotel sering membuatkan seseorang tidur nyenyak. -Gambar hiasan AI

3. Silap 'timing'

Masa yang paling sesuai untuk 'nap' adalah pada awal atau pertengahan petang. 

Elakkan tidur selepas pukul 3 petang kerana amalan ini akan mengganggu waktu tidur malam anda. 

Tak pasal-pasal mata anda segar bugar pada waktu malam.

4. Hirup kopi pada waktunya

Satu tip unik daripada pakar adalah minum kopi (kafein) sebelum tidur siang.

Memandangkan kafein mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberi kesan, anda akan bangun tepat pada masanya dengan tenaga berganda diperolehi daripada kafein dan rehat tadi.

5. 'Vibe' tak sesuai

Pastikan bilik anda tenang, malap dan sejuk seperti hotel. 

Paling penting, jauhkan telefon pintar dan elakkan scroll media sosial sebelum tidur kerana cahaya biru daripada skrin boleh buat otak anda kekal aktif dan susah nak lelap.

Artikel Lain