PERNAHKAH anda terfikir mengapa sesetengah kanak-kanak begitu cepat 'tangkap' apa yang baru dipelajari, manakala ada rakan sebayanya yang nampak sedikit perlahan?Situasi yang sering berlaku itu membuatkan ibu bapa mula membuat 'kajian' termasuklah memeriksa dan mengawasi pola pemakanan anak-anak. Namun hakikatnya, kebijaksanaan seseorang anak bukanlah bermula ketika mereka masuk tadika, sebaliknya berlaku sejak dari dalam rahim ibu lagi.Mendedahkan perkara tersebut, pakar neurologi dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar berkata pembentukan sel otak bayi sebenarnya sudah 'siap' pada hari mereka dilahirkan."Ramai ibu bapa terlepas pandang mengenai kepentingan nutrisi yang betul sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan," jelas beliau di Facebook.Dr Rizal turut menekankan bahawa nutrien paling kritikal untuk 'membina' otak bayi adalah DHA.Namun, apa yang membimbangkan adalah tujuh daripada 10 ibu mengandung mengalami kekurangan DHA dalam badan.Nutrisi yang diambil semasa hamil amat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. -Gambar hiasan AI"Sayang kan? Apa yang mak-mak suap ke mulut sepanjang sembilan bulan ini bakal menentukan masa depan anak mereka," tambahnya.Memetik kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, Dr Rizal berkongsi dua penemuan penting buat golongan ibu yang sedang hamil."Anak akan mempunyai IQ lebih tinggi apabila ibunya mengambil DHA yang mencukupi iaitu sekitar 1.1 gram sehari."Anak-anak ini juga dikesan lebih mudah memberikan perhatian dan fokus apabila melangkah ke alam persekolahan kelak," jelasnya lagi.Beliau turut menyeru golongan ibu yang sedang hamil untuk mementingkan diet harian dengan pengambilan makanan kaya dengan sumber DHA. Malah beliau turut mengingatkan, pelaburan terbaik untuk masa depan anak bukanlah bergantung pada sekolah yang mahal, tetapi bermula daripada nutrisi yang berkualiti sejak dalam kandungan.Berikut antara makanan tinggi DHA yang sesuai diambil wanita hamil.1. Ikan berlemak (minyak untuk neuron)Salmon, tuna dan sardin sarat dengan asid lemak omega-3 (EPA & DHA).Otak anda terdiri daripada hampir 60 peratus lemak dengan kebanyakannya adalah DHA.Tanpa omega-3, komunikasi antara neuron terganggu dan akan menyebabkan masalah seperti kabus otak, kemurungan dan kehilangan memori.Pelbagai menu boleh dihasilkan daripada telur rebus2. Telur (kolin untuk memori kuat)Telur bukan sahaja sumber protein lengkap, tetapi juga pembekal utama kolin iaitu nutrien penting untuk membina neurotransmitter acetylcholine yang mengawal daya ingatan dan fokus.3. Kacang walnut (pembentukan otak)Walnut kaya dengan lemak sihat, vitamin E, DHA tumbuhan dan antioksidan polifenol.Kesemua ini berfungsi sebagai pelindung saraf otak daripada kerosakan akibat radikal bebas.4. Buah beri (antioksidan tingkatkan memori)Blueberi, strawberi dan raspberi kaya dengan antosianin, pigmen semula jadi yang memberi warna ungu atau merah pada buah.Antosianin membantu memperbaiki komunikasi antara sel otak dan melindungi dari tekanan oksidatif.5. Brokoli (sayur super untuk otak)Brokoli mengandungi vitamin K yang menyokong penghasilan sphingolipid iaitu sejenis lemak penting dalam struktur sel otak.Ia juga kaya dengan antioksidan sulforaphane, yang membantu menentang keradangan kronik dalam otak.6. Coklat Gelap (mood booster dan fokus)Coklat gelap (bukan manisan susu) mengandungi flavonoid yang merangsang aliran darah ke otak, meningkatkan penghasilan endorfin dan serotonin iaitu hormon gembira.