BATUK bukan sekadar bunyi, ia seakan-akan 'peluru kuman' yang boleh terbang ke orang sekeliling dan menyebabkan jangkitan.Walaupun kelihatan remeh, cara batuk boleh menentukan sama ada orang lain kekal sihat atau jatuh sakit. Menurut seorang pegawai perubatan yang dikenali sebagai Dr Khaw, jika tidak menjaga etika ketika batuk, secara tidak langsung kita sedang menyebarkan virus kepada orang tersayang.Basuh tangan dengan sabun langkah terbaik menghindarkan diri daripada penyakit. -Gambar hiasan AI1. Jangan guna tapak tanganBatuk pada tapak tangan boleh melekatkan kuman, yang kemudiannya boleh dijangkiti orang lain apabila anda memegang tombol pintu, butang lif atau telefon.Cara betul ialah batuk atau bersin pada bahagian dalam siku kerana ruang itu jarang disentuh dan kurang berisiko menjangkiti orang lain.2. Gunakan tisu, tong sampah, basuh tanganJika menggunakan tisu, ikut langkah ini iaitu tutup mulut dan hidung sepenuhnya.Kemudian buang tisu segera ke dalam tong sampah, jangan simpan di poket atau atas meja serta cuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer.3. Pakai pelitup muka Sekiranya anda sedang batuk atau selesema, segera pakai pelitup muka.Ini bukan hanya untuk lindungi diri sendiri, tetapi juga tanda hormat dan tanggungjawab kepada orang lain, terutamanya di tempat sesak atau klinik."Kenapa saya beria hal ini? Sebagai seorang yang aktif berlatih Hyrox dan maraton, saya tahu betapa peritnya bila latihan terganggu disebabkan jangkitan kuman yang sepatutnya boleh dicegah."Seorang atlet perlu paru-paru yang bersih untuk prestasi terbaik. Begitu juga dengan pesakit-pesakit saya yang warga emas atau kanak-kanak. "Bagi mereka, kuman biasa yang anda sebarkan mungkin boleh jadi jangkitan paru-paru yang serius," katanya.