SEORANG ibu berkongsi pengalaman berharga selepas mempelajari satu teknik keibubapaan yang dikatakan mampu meredakan tantrum anak dalam masa hanya 60 saat.Menurutnya, sebelum ini anaknya mengalami tantrum hampir setiap hari, malah ada yang berlarutan sehingga sejam dan membuatkan dia tertekan. Namun, segalanya berubah selepas dia mempraktikkan teknik The Wait Method atau Jong Pause yang dipopularkan oleh pakar psikiatri kanak-kanak dari Korea Selatan, Dr Oh Eun-young.Tidak dapat memiliki mainan antara faktor kanak-kanak mudah tantrum. -Gambar hiasan AILima langkah redakan tantrum anak1. Jangan bercakap, rendahkan diri- Apabila anak mula tantrum, ibu bapa diminta untuk tidak berkata apa-apa. - Duduk atau tunduk sehingga berada pada paras mata anak, menunjukkan kehadiran tanpa tekanan.2. Kekalkan pandangan dengan penuh kasih sayang- Teruskan memandang anak tanpa marah atau meninggikan suara. - Pandangan mata yang tenang akan membuatkan anak mula berfikir dan menenangkan diri.3. Sentuhan lembut- Apabila emosi anak mula reda, gosok belakang badan atau peluk dengan lembut tanpa berkata apa-apa. - Sentuhan membantu anak rasa selamat.4. Ajak tarik nafas bersama- Bukan menyuruh, tetapi mengajak dengan lembut, contohnya... jom ikut mama tarik nafas sama-sama.- Gunakan teknik pernafasan 4-4-4 iaitu tarik nafas, tahan, hembus.5. Validasi emosi anak- Akui perasaan anak dengan ayat yang betul seperti awak sedih ya sebab tak dapat mainan tu.- Kemudian beri penjelasan secara tenang mengapa permintaan itu tidak dapat dipenuhi.Menurut ibu tersebut, selepas mengamalkan teknik tersebut, tantrum anaknya menjadi jauh lebih singkat dan terkawal. Dalam sehari, walaupun berlaku beberapa kali tantrum, ia tidak lagi berpanjangan seperti sebelum ini.Katanya, teknik ini membantu anak belajar mengenali dan mengawal emosi sendiri, sekali gus membentuk hubungan yang lebih sihat antara ibu bapa dan anak.Teknik ini dilihat sebagai pendekatan positif yang sesuai diamalkan ibu bapa, terutama bagi yang ingin mendidik anak tanpa jeritan, rotan atau hukuman keras.