suria

Usah cepat jatuh hukum, selaput dara pecah bukan penentu kesucian wanita

Aktiviti lasak boleh menjadi penyebab selaput dara terkoyak. -Gambar hiasan AI

PECAH dara (ruptur himen) merujuk kepada koyakan pada selaput dara yang biasanya berlaku semasa hubungan seksual pertama kali, menyebabkan berlaku sedikit pendarahan.

Kebiasaannya masyarakat mudah menjatuh hukum pada wanita yang belum berkahwin apabila selaput daranya sudah koyak atau hilang.

Seorang pegawai perubatan yang dikenali Dr Nabilah menegaskan bahawa selaput dara boleh meregang atau menipis kerana aktiviti fizikal, tetapi tidak bermaksud seseorang itu hilang dara atau sudah melakukan hubungan seksual.

Hubungan seksual antara salah satu faktor pendarahan. -Gambar hiasan AIHubungan seksual antara salah satu faktor pendarahan. -Gambar hiasan AI

"Anak dara jangan main basikal, jangan naik kuda, nanti pecah dara. Kolotnya.

"Kesucian wanita bukan terletak pada selaput nipis tu. Bagi peluang anak perempuan bersukan, biar kekal sihat," katanya.

Dia menasihatkan ibu bapa untuk memberi peluang kepada anak perempuan bersukan dan melakukan aktiviti fizikal yang sihat tanpa rasa takut atau stigma.

"Dara tu status sosial, selaput tu anatomi badan. Jangan pernah sekali samakan," katanya.

Penyebab pendarahan:

Hubungan seksual pertama: Penetration boleh meregang atau merobek selaput dara, mengakibatkan pendarahan.

Aktiviti lasak: Sukan, seperti berkuda, berbasikal, atau gimnastik, boleh menyebabkan koyakan.

Trauma fizikal: Kecederaan pada kawasan kemaluan boleh merosakkan himen.

Kurang pelinciran: Faraj yang kering dan kurang bersedia boleh menyebabkan kesakitan dan kemungkinan koyakan.

Keadaan perubatan: Jangkitan seperti cervicitis atau masalah lain juga boleh jadi punca. 

Artikel Lain