Minuman campuran cengkih dan kayu manis dikatakan berupaya membantu mengatasi masalah ovulasi wanita. -Gambar hiasan AI
USAHA mendapatkan zuriat merupakan perjalanan mencabar bagi sesetengah pasangan, khususnya wanita yang berdepan masalah ovulasi atau sudah lama mencuba untuk hamil.Seiring perkembangan media sosial, pelbagai perkongsian pengalaman serta petua kesuburan turut dikongsi orang ramai yang pernah melalui situasi sama. Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna berkongsi petua minuman yang didakwa membantu wanita sedang berusaha mendapatkan zuriat atau dalam fasa trying to conceive (TTC).ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jumpa petua ini... Tak sangka pula boleh bantu legakan batuk, hidung tersumbatMenurutnya, petua tersebut diperoleh daripada individu di luar negara dan dia sendiri mencubanya selama kira-kira dua bulan sebelum disahkan hamil."Untuk anda yang dah lama TTC dan ada masalah ovulation, cuba buat fertility tea ini sendiri."Petua ini saya dapat daripada orang luar negara. Saya amalkan dua bulan sahaja dan terus conceive. Alhamdulillah," kongsinya.Berikut adalah bahan-bahan serta cara penyediaan minuman tersebut.Bahan-bahan:1 sudu besar cengkih1 batang kayu manis (digalakkan jenis Ceylon Alba)2 liter airCara penyediaan:Semua bahan dicampurkan bersama air dan dididihkan sehingga sebati.Selepas itu, biarkan ia sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.Cara pengambilan:- Minuman tersebut disarankan untuk diminum selepas tamat tempoh haid.- Ambil setengah cawan ketika perut kosong, dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.- Namun pengambilannya perlu dihentikan sebaik sahaja memasuki tempoh hari subur.Sekiranya kitaran haid datang semula pada bulan berikutnya, minuman itu boleh diamalkan kembali dengan kuantiti yang sama.Menurut pengguna tersebut, tujuan minuman berkenaan adalah untuk membantu menyuburkan rahim serta menyokong proses pematangan telur."Tujuan minum ini untuk suburkan rahim, biar telur matang. Dah jumpa hari subur, tak perlu minum dah."Tunggu next cycle period pula kalau datang haid. Kemudian ulang kuantiti yang sama," jelasnya.