SELEPAS sebulan berpuasa ramai yang tidak sabar menanti pagi Syawal untuk menikmati pelbagai juadah hari raya.Mana tidaknya, meja dipenuhi hidangan enak seperti lemang, nasi impit, rendang, sate serta aneka kuih raya yang menggoda selera. Dalam keterujaan itu, ramai yang 'balas dendam' pada pagi 1 Syawal tanpa memikirkan kesan kepada tubuh.Menurut pakar diet keto bertauliah, Akmal Hakim, terus menikmati hidangan berkarbohidrat seperti lemang atau nasi impit ketika perut masih kosong sebenarnya boleh memberi kesan kurang baik kepada badan.Kenapa makan manis dahulu tidak digalakkan?Akmal menjelaskan, selepas sebulan berpuasa, tubuh menjadi lebih sensitif terhadap gula.Apabila seseorang terus mengambil makanan manis atau tinggi karbohidrat seperti kuih raya atau lemang ketika perut kosong, gula akan cepat memasuki aliran darah.Keadaan ini menyebabkan hormon insulin meningkat secara mendadak untuk menurunkan paras gula dalam darah."Apabila insulin melonjak, badan akan segera menyimpan lebihan gula sebagai lemak. Selepas itu paras tenaga akan jatuh mendadak, menyebabkan kita rasa lemau, mengantuk dan cepat lapar semula," katanya.Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, Akmal menyarankan orang ramai mengikuti urutan makanan yang lebih teratur pada pagi raya.Katanya, berdasarkan sains pemakanan, urutan yang lebih baik ialah serat (fiber), protein dan kemudian karbohidrat.Menurut beliau, susunan ini membantu memperlahankan penyerapan gula dalam badan sekali gus mengurangkan lonjakan gula dalam darah terutamanya bagi pesakit diabetes. Langkah 1: Air kosong, serat dan protein dahuluAkmal menyarankan agar pagi 1 Syawal dimulakan dengan segelas air kosong bagi menghidrasi tubuh selepas bangun tidur.Selepas itu, ambil makanan yang mengandungi serat dan protein terlebih dahulu.Antara contoh hidangan yang boleh dimakan dahulu ialah sate, rendang ayam atau daging, laksa serta sayur-sayuran.Menurutnya, serat dan protein ini akan membentuk ‘'lapisan' dalam perut yang membantu mengawal cara badan menyerap karbohidrat selepas itu.Langkah 2: KarbohidratSelepas mengambil sayur dan protein, barulah boleh menikmati hidangan berkarbohidrat seperti nasi impit, lemang atau kuih raya.Serat dan protein yang dimakan lebih awal akan memperlahankan penyerapan gula daripada makanan tersebut."Hasilnya, lonjakan insulin menjadi lebih rendah dan paras tenaga lebih stabil," katanya.Kesan yang boleh dirasai:- Tidak mudah mengantuk atau mengalami ‘food coma’ selepas makan.- Badan terasa lebih bertenaga.- Keinginan untuk makan kuih raya secara berlebihan juga berkurangan.Dengan melakukan perubahan kecil dalam cara makan, ia mampu memberi kesan besar kepada kesihatan sepanjang musim perayaan.