Penghasilan 'frozen snow pear' mengambil masa beberapa hari sebelum boleh dinikmati. -Youtube The Ingredients
SEJAK kebelakangan ini, hidangan dikenali sebagai frozen snow pear tular di media sosial selepas beberapa influencer termasuk artis popular, Janna Nick memuat naik video mukbang menikmati buah tersebut.Penampilannya yang unik dengan kulit berwarna hitam dan isinya yang juicy menarik perhatian ramai. Hakikatnya, hidangan tersebut bukan sesuatu yang baharu. Ia sebenarnya merupakan makanan tradisional musim sejuk yang wujud sejak lebih 1,000 tahun lalu di wilayah timur laut China.ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jumpa petua ini... Tak sangka pula boleh bantu legakan batuk, hidung tersumbatHidangan ini berasal daripada buah pear salju atau xue li, namun melalui satu proses unik iaitu pembekuan dan pencairan berulang kali sehingga kulit buah bertukar menjadi kehitaman.Proses beku-cair yang dilakukan beberapa kali itu menjadikan isi buah lebih manis serta berjus.Buah pear salju dibeku dan dicairkan berulang kali sehingga warnanya kehitam-hitaman. -Kredit Janna NickWalaupun kelihatan rumit, sebenarnya hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah, namun memerlukan sedikit kesabaran kerana prosesnya mengambil masa beberapa hari.Cara membuat frozen snow pear:1. Bersihkan beberapa biji buah pear dan masukkan ke dalam peti sejuk beku (freezer).2. Selepas sehari, keluarkan buah tersebut dan bilas sehingga kulitnya terasa sedikit lembut.3. Biarkan kira-kira 20 minit pada suhu bilik sebelum dimasukkan semula ke dalam freezer.4. Ulang proses bilas dan bekukan semula ini selama beberapa hari sehingga kulit pear bertukar kehitaman, sekurang-kurangnya selama empat hari.5. Selepas itu, bilas sekali lagi dan buah tersebut sedia untuk dimakan.Selain rasanya yang manis dan menyegarkan, buah pear salju juga diketahui mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.Di China, buah ini dikenali sebagai 'terapi alami' kerana ia sudah digunakan sejak ribuan tahun lalu untuk membantu menjaga kesihatan sistem pernafasan.Antara khasiat pear salju termasuk:- Mengandungi kira-kira 80 hingga 85 peratus air dan lebih tahan terhadap proses oksidasi berbanding pear biasa.- Tinggi serat yang baik untuk sistem pencernaan serta membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.- Kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan untuk meningkatkan sistem imun badan.- Mengandungi vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang.- Mengandungi kalium yang membantu mengawal tekanan darah serta menyokong fungsi jantung.