Petua tradisional ini dikatakan mampu melegakan batuk, demam dan hidung tersumbat. -Foto TT @arshaarmalie
PETUA tradisional sering menjadi pilihan ramai apabila berdepan masalah kesihatan ringan seperti batuk, demam atau hidung tersumbat. Lebih menarik, kebanyakan petua ini hanya menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di dapur rumah seperti yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, @arshaarmalie. Menurutnya, petua tersebut merupakan amalan keluarga yang diwarisi sejak turun-temurun, dan sering digunakan apabila ada ahli keluarga kurang sihat. ARTIKEL BERKAITAN: Satu dapur harum! Ini 3 rahsia kenapa tukang masak letak garam sebelum tumisPerkongsian itu menarik perhatian ramai kerana cara penyediaannya yang ringkas, selain menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati.Bahan-bahan diperlukan:1 labu bawang besarHirisan limau nipisMaduSedikit garamCara penyediaan:1. Kupas bawang besar dan korek bahagian tengahnya sehingga berlubang seperti mangkuk.2. Letakkan bawang tersebut di atas dapur gas dengan api yang sangat perlahan.3. Perahkan limau nipis ke dalam bahagian tengah bawang yang berlubang, kemudian tambah sedikit madu dan garam.4. Kacau campuran tersebut dan biarkan selama kira-kira lima minit.5. Setelah campuran itu menjadi suam, ia boleh diminum.Namun ini adalah sekadar ikhtiar atau petua sokongan.Anda disarankan mendapatkan nasihat profesional kesihatan jika mengalami simptom berpanjangan atau serius.