MENJAGA kebersihan berus gigi adalah perkara penting dalam rutin penjagaan diri harian.Namun malangnya masih ramai kurang peka tentang cara penyimpanan berus gigi dengan betul selepas digunakan. Malah ada beranggapan menggunakan penutup berus gigi langkah paling selamat kononnya ia dapat melindungi alat itu daripada kotoran dan kuman.Hakikatnya, tanggapan tersebut tidak tepat.Berus gigi sewajarnya disimpan di tempat terbuka dan sedikit jauh daripada mangkuk tandas. -Gambar hiasan AISeorang doktor gigi dari @dentalevant menjelaskan meletakkan penutup pada berus gigi sebenarnya boleh menyebabkan pengumpulan bakteria atau kulat (fungus) yang berpotensi mengundang bahaya kepada kesihatan mulut.Keadaan ini berlaku kerana berus gigi yang masih lembap akan terperangkap dalam ruang tertutup tanpa pengudaraan yang baik.Situasi sama juga boleh berlaku sekiranya berus gigi disimpan di dalam almari tertutup selepas digunakan.Menurutnya, cara terbaik menyimpan berus gigi selepas selesai menggosok gigi adalah dengan meletakkannya di tempat terbuka agar ia dapat kering secara semula jadi.ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jumpa petua ini... Tak sangka pula boleh bantu legakan batuk, hidung tersumbatDoktor gigi tersebut turut berkongsi beberapa langkah mudah untuk memastikan berus gigi disimpan dengan cara yang betul.1. Bersihkan berus gigi dengan air sehingga sisa ubat gigi atau sisa makanan yang mungkin tersekat pada bulu berus hilang sepenuhnya.2. Ketuk berus gigi perlahan-lahan pada permukaan yang bersih sehingga percikan air terhasil bagi mengurangkan lebihan air pada bulu berus.3. Simpan berus gigi di tempat terbuka seperti di dalam bekas atau cawan."Ini akan memberikan ruang udara untuk membersihkan atau mengeringkan berus gigi dengan sendiri," ujarnya.Namun begitu tambahnya, satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah memastikan tempat penyimpanan berus gigi berada jauh daripada kawasan mangkuk tandas.