Nasi lebih selamat disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan pembiakan bakteria. -Gambar hiasan AI
PASTI ramai dalam kalangan kita gemar menanak nasi dalam kuantiti banyak untuk disimpan agar boleh dimakan semula pada waktu lain.Tabiat ini tidak salah, sebaliknya apa yang perlu dititikberatkan adalah cara penyimpanan yang betul. Ini kerana nasi yang sudah masak dan dibiarkan pada suhu bilik boleh menyebabkan bakteria berkembang dan menghasilkan toksin penyebab keracunan makanan.Mungkin ada yang berkata, dia dan keluarga tidak pernah mengalami keracunan makanan walaupun nasi dibiarkan dalam periuk dari pagi hingga malam.Namun ada ungkapan mengatakan, mencegah lebih baik daripada merawat.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak sedar peti sejuk boleh jadi punca penyakit dalam rumah! Ini 3 kesilapan paling kerap dibuat tanpa sedarJadi, lebih baik kita menghindari sebarang risiko dengan mengambil langkah selamat.Tip simpan nasi yang betul:1. Selepas nasi yang ditanak sejuk sedikit, pindahkan ke bekas kedap udara. Jangan biar lebih dua jam dalam suhu bilik.2. Simpan dalam peti sejuk pada suhu bawah 5 darjah Celsius.3. Nasi dalam peti sejuk tahan tiga hingga empat hari sahaja, jika mahu lebih lama, simpan dalam freezer.Cara panaskan semula nasi:- Guna microwave: Renjiskan sedikit air atas nasi, tutup dengan penutup sesuai, panaskan dua hingga tiga minit.- Guna periuk kukus - Cara tradisional yang paling sedap, nasi jadi lembut semula seperti baru masak.- Goreng untuk jadikan nasi goreng. Sememangnya sesuai untuk dibuat nasi goreng kerana teksturnya lebih keras sedikit.