suria

Satu dapur harum! Ini 3 rahsia kenapa tukang masak letak garam sebelum tumis

Memasukkan secubit garam sebelum menumis mampu menjadikan tumisan lebih harum dan sedap. -Foto IG @ruangteduh.house

BAGI yang gemar memasak, pasti tahu bahawa proses menumis merupakan langkah penting untuk menaikkan aroma dan rasa dalam sesuatu hidangan. 

Biasanya kita hanya memanaskan minyak sebelum memasukkan bawang atau bahan tumisan lain, tetapi sebenarnya ada satu rahsia sering diamalkan oleh tukang masak berpengalaman bagi menjadikan tumisan lebih harum dan sedap.

Menerusi satu perkongsian petua masakan oleh pemilik akaun @ruangteduh.house di Instagram, individu ini mencadangkan supaya menambah secubit garam ke dalam minyak panas sebelum memulakan proses menumis.

ARTIKEL BERKAITAN: Janji jangan buat lagi? Baru tahu rupanya bahaya biar nasi lama-lama dalam periuk... Ini cara selamat nak simpan

Walaupun nampak kecil dan mudah, langkah ini boleh memberi perbezaan pada hasil masakan.

Menurut perkongsian tersebut, ada 'rahsia' mengapa secubit garam dimasukkan terlebih dahulu ke dalam minyak.

1. Bau bawang lebih cepat naik

Apabila sedikit garam dimasukkan ke dalam minyak panas, aroma bawang yang ditumis dikatakan lebih cepat keluar. Hasilnya, dapur terus dipenuhi bau harum yang menyelerakan.

2. Tumisan sudah ada rasa dari awal

Tumisan tidak terasa 'kosong' dan membantu memberi asas rasa pada masakan sebelum bahan lain dimasukkan.

3. Bawang cepat lembut dan masak sekata

Petua ini juga dipercayai membantu bawang menjadi lebih cepat lembut dan masak dengan elok. Ini memudahkan proses memasukkan bahan seterusnya seperti cili, rempah atau sayur-sayuran.

Kadang-kadang, rahsia masakan yang sedap bukanlah teknik yang rumit, tetapi tip kecil di dapur yang jarang diketahui ramai. Selamat mencuba!

Artikel Lain