Tanpa disedari, tabiat tertentu ketika sahur cenderung membuatkan seseorang mudah lesu apabila berpuasa. -Gambar hiasan AI
MENJELANG Ramadan, rutin sahur bukan sekadar mengalas perut sebelum menahan lapar dan dahaga, sebaliknya menjadi asas penting untuk memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang tempoh berpuasa.Tanpa kita sedari, terdapat beberapa tabiat yang sering dilakukan ketika sahur sebenarnya boleh menjejaskan tahap tenaga, kestabilan emosi dan fokus sepanjang hari berpuasa. Pakar kesihatan, Dr Noordin Darus berkongsi beberapa amalan salah yang wajar dielakkan ketika sahur bagi mengelakkan badan cepat lesu, dehidrasi dan stres sepanjang hari.1. Tak cukup minum airPengambilan air yang mencukupi sangat penting ketika sahur kerana ia adalah persediaan memandangkan kita berpuasa untuk tempoh 13 jam hingga 14 jam. Untuk cadangan lebih baik, ambil air suam, campurkan sedikit garam, perahkan sedikit limau dan campur dengan secubit halia. Minum dua gelas atau bersamaan kira-kira 200 mililiter (ml). Boleh diambil bersama kurma sepanjang tempoh sedang bersahur.2. Buka telefon bimbitFokus untuk bersahur dan melakukan ibadah solat terlebih dahulu sebelum mulakan hari anda dengan memantau media sosial atau perkara yang tidak penting.3. Tidur atau terperuk dalam rumahAmalkan berjalan menyedut udara segar atau mendedahkan diri dengan pancaran sinar matahari pada waktu pagi di luar rumah agar tubuh memperoleh vitamin D yang mencukupi, sekali gus membantu meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan kestabilan emosi sepanjang hari. 4. Check senarai kerjaElakkan berfikir mengenai kerja terlebih dahulu ketika ini. Situasi ini berupaya mencetus stres. Paras hormon kortisol akan meningkat apabila kita berada dalam keadaan tertekan atau cemas dan ini sekali gus menjejaskan fungsi tubuh. 5. Ambil kopi Orang yang berpuasa sebaik-baiknya perlu menghindari minum kopi atau minuman berkafein yang lain seperti teh, air coklat dan air berkarbonat kerana ia bersifat diuretik.Efek diuretik ringan dari kopi juga membuatkan tubuh lebih cepat merasa haus bila tidak diimbangi dengan cukup minum air putih.Sebaik-baiknya, minum air putih secukupnya selain mengambil makanan yang sesuai ketika bersahur seperti oat, kurma dan sebagainya.