suria

Ibu baru bersalin risau nak bawa bayi balik rumah, takut alergi si bulus... Lakukan ini jika anda sayang kedua-duanya

Tiada masalah untuk bayi didedahkan dengan kucing. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yang baru bersalin meluahkan kebimbangan untuk membawa bayinya pulang ke rumah yang dihuni bersama beberapa ekor kucing kesayangan. 

Menurutnya, kucing-kucing itu adalah teman rapatnya sejak awal perkahwinan dan dia tidak sanggup untuk menyingkirkan mereka.

“Risaunya habis pantang nanti nak bawa bayi balik rumah. Rumah ada kucing. Takut sangat-sangat baby ada masalah kesihatan dengan kucing-kucing ini,” kongsinya.

Kucing perlu bersih dan sihat untuk dibiarkan bermain bersama bayi. -Gambar hiasan AIKucing perlu bersih dan sihat untuk dibiarkan bermain bersama bayi. -Gambar hiasan AI

Namun kebimbangan itu reda selepas seorang warga maya berkongsi pengalamananya sendiri untuk membiasakan bayi dengan kucing.

Katanya, pada hari pertama bayi keluar dari hospital, kucing dibenarkan berada dekat dengan bayi. 

Jelasnya, penyelidikan menunjukkan bayi yang terdedah dengan kucing pada awal kehidupan cenderung kurang berisiko mengalami simptom alahan.

"Sebelum bersalin, disarankan untuk menghantar kucing ke pusat grooming untuk pastikan semua kucing bersih dan selamat bagi bayi," katanya.

Nasihat ringkas

- Sentiasa pantau interaksi bayi dan haiwan.

- Pastikan kucing sihat, bebas daripada kutu dan parasit.

- Basuh tangan selepas mengendali kucing sebelum memegang bayi.

- Jangan terdedah bayi terlalu lama kepada bulu atau najis kucing.

Langkah-langkah itu membantu ibu bapa mengekalkan keharmonian rumah tangga yang ada bayi dan haiwan peliharaan, tanpa menjejaskan kesihatan anak.

Artikel Lain