suria

Kesetiaan makan diri... Lelaki guna termos sama selama 20 tahun meninggal dunia akibat keracunan

Penggunaan termos dalam tempoh yang lama boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan plumbum selepas hampir 20 tahun menggunakan botol termos yang sama untuk minum kopi panas.

Dilaporkan ia susulan lapisan dalam botol yang digunakan lelaki berusia 50-an itu sudah berkarat dan rosak.

Seorang pakar buah pinggang menjelaskan bagaimana kesihatan lelaki tersebut merosot dengan cepat sehingga membawa kepada kematian.

Tanda-tanda awal: Hilang fokus dan kemalangan

Masalah kesihatan lelaki itu mula terserlah apabila dia menjadi keliru ketika memandu ke tempat kerja, lalu melanggar sebuah kedai makan.

Lelaki yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman memandu tersebut meninggal dunia kira-kira setahun selepas kemalangan yang dilaporkan berlaku di Taiwan.

Lelaki tersebut menggunakan termos yang sama hampir 20 tahun dengan mengisi kopi panas. -Gambar hiasan AILelaki tersebut menggunakan termos yang sama hampir 20 tahun dengan mengisi kopi panas. -Gambar hiasan AI

Botol termos berkarat

Lelaki itu telah menggunakan botol termos yang sama selama lebih sedekad untuk minuman panas, walaupun lapisan dalam botol sudah berkarat. 

Pemeriksaan hospital selepas kemalangan mendapati dia mengalami anemia teruk dan fungsi buah pinggang yang abnormal, walaupun tiada kecederaan luaran yang ketara. 

Dia kemudian dirujuk ke jabatan nefrologi dan doktor mendapati lelaki itu sering mengalami keletihan dan perubahan deria rasa, seperti makanan terasa kurang masin.

Kesihatan merosot menjadi dementia

Selepas pemeriksaan perubatan, keadaan kesihatan lelaki tersebut terus merosot dan menunjukkan gejala degeneratif seperti dementia.

Menurut doktor yang merawatnya, lapisan dalam termos yang sudah tua atau berkualiti rendah boleh menyebabkan logam terlarut apabila digunakan untuk menyimpan minuman panas dalam jangka masa panjang.

Ini boleh menjejaskan sistem saraf dan buah pinggang apabila diminum secara berterusan.

Artikel Lain