Pengambilan kurma dan pati delima setiap hari dikatakan mampu meningkatkan paras HB wanita hamil. -Gambar hiasan AI
SEORANG suami berkongsi pengalaman dan cara yang digunakan bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin (Hb) isterinya sepanjang kehamilan.Menurutnya, ekspresi jururawat di klinik kesihatan semasa melihat bacaan Hb isterinya yang menurun membuatkan mereka mula serius menjaga pemakanan. Katanya, selepas bertanya dan membuat sedikit kajian, mereka diperkenalkan dengan tip mudah daripada jururawat dengan mengambil kurma dan pati delima setiap hari.Rutin harian mereka:Pagi: Satu sudu pati delima dengan tiga biji kurmaMalam: Satu sudu pati delimaSuami perlu lebih mengambil berat keadaan isteri terutama ketika hamil. -Gambar hiasan AILelaki itu berkata, pati delima seperti mana yang dicadangkan jururawat nampaknya membantu, di samping kurma yang dijadikan snek harian. Menurutnya lagi, kombinasi ini membantu meningkatkan Hb secara natural, terutamanya bagi ibu yang kurang mengambil sayur.Manfaat pati delima dan kurma untuk ibu mengandung:- Meningkatkan Hb secara semula jadi kerana kaya zat besi dan vitamin C.- Mengurangkan risiko anemia, ibu tidak cepat lesu.- Menyokong perkembangan bayi, termasuk otak dan jantung.- Meningkatkan sistem imun ibu.- Melancarkan penghadaman dan mengelak sembelit.Kurma juga dikatakan membantu proses bersalin lebih mudah dengan kontraksi lebih singkat dan risiko koyak berkurangan.