suria

[V] Kajian tunjukkan lelaki umur 35-45 tahun paling gatal! Rancak komen guru wanita di sekolah anak contoh terdekat

Kajian terhadap 70,000 individu mendapati lelaki pada usia 35 hingga 45 tahun mempunyai tahap seksual tertinggi. -Gambar hiasan AI

ISTILAH 'gatal' sering dikaitkan dengan lelaki, namun sejauh mana kebenarannya dari sudut psikologi dan sains?

Menurut pemerhati kesihatan mental, Amirul Ramli, satu kajian melibatkan hampir 70,000 individu mendapati usia lelaki yang paling tinggi kehendak seksualnya adalah sekitar 35 hingga 45 tahun.

Jelasnya, peningkatan seksual lelaki dalam lingkungan usia tersebut bukan semata-mata dipengaruhi faktor biologi, sebaliknya turut mempunyai kaitan dengan aspek psikologi dan sosial.

“Biasanya lelaki dalam usia 35 hingga 45 tahun berada pada fasa paling stabil dari segi emosi, kerjaya dan kewangan.

"Keyakinan diri meningkat, pengalaman hidup bertambah dan mereka rasa lebih in control,” katanya menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].

Tingkah laku, percakapan atau pergerakan lelaki 'gatal' sering menimbulkan rasa kurang selesa orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

Amirul berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dijangka malah ia jelas dapat dilihat melalui corak tingkah laku lelaki masa kini.

“Kalau tengok sahaja komen-komen di media sosial, terutama pada video berkaitan sekolah atau guru, boleh agak dah.

"Ada yang bergurau nak masuk sekolah balik, nak hantar anak tiap hari,” katanya berseloroh.

Namun, jelas Amirul, tahap tersebut tidak kekal lama dan mulai menurun selepas usia meningkat.

“Selepas itu, kehendak seksual lelaki akan mula menurun seiring pertambahan usia.

"Perkara ini sebenarnya berlaku kepada lelaki dan wanita, cuma penurunan pada wanita biasanya berlaku lebih awal,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul turut mendedahkan satu fakta menarik berkaitan seks dan perbezaan jantina.

Menurutnya, semakin ramai bilangan anak kehendak seksual wanita cenderung menurun, manakala bagi lelaki pula situasinya berbeza.

“Bila anak makin ramai, kehendak seksual lelaki selalunya meningkat.

"Ini mungkin berkait dengan faktor psikologi, tanggungjawab dan naluri maskulin,” katanya.

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami