BAGI ibu bapa yang mementingkan pemakanan sihat untuk tumbesaran anak, labu air mungkin tidak begitu popular walaupun sebenarnya ia kaya dengan pelbagai khasiat penting.Seorang wanita mendedahkan, labu air menjadi hidangan wajib dalam keluarganya kerana harganya yang murah dan mudah diperoleh, khususnya di Sabah dan Sarawak. Menurut wanita itu, ibunya mengamalkan makan labu air sejak hamil, dimasak ringkas sama ada ditumis berair atau dimasak bening bersama suhun dan dihirup sebagai sup.Labu air sesuai dijadikan sup sebagai hidangan makanan. -Gambar hiasan“Apabila dah besar baru tahu labu air antara sayur yang kaya kalsium. Mak dulu sekali masak boleh habis dua biji, semangkuk memang licin,” katanya.Katanya, amalan makan labu air secara konsisten, sekitar tiga hingga empat kali seminggu, dilakukan bukan sahaja kerana menjimatkan kos membesarkan anak, malah membantu keperluan nutrisi keluarga.“Mak selalu pesan, kami bukan orang senang. Apa yang dimasak, makan saja, jangan memilih,” katanya.Perkongsian tersebut turut disokong oleh seorang individu yang memaklumkan kakaknya merupakan doktor pakar dan mengamalkan pemakanan sihat dalam keluarga.“Anak-anak dia memang tinggi. Anak umur 12 tahun dah 160 sentimeter, dan anak sulung perempuan setinggi 176 sentimeter."Mereka memang makan labu air ni. Dia percaya pemakanan yang betul memainkan peranan penting, bukan sekadar faktor genetik,” katanya.Khasiat labu air- Kaya kalsium, menyokong pembentukan tulang dan gigi kuat.- Membantu tumbesaran dan ketinggian anak.- Sesuai diamalkan oleh ibu hamil.- Tinggi kandungan air, membantu hidrasi badan.- Baik untuk sistem penghadaman, elak sembelit.- Rendah kalori dan lemak, sesuai pemakanan sihat.- Menyokong kesihatan jantung dan tekanan darah.- Mengandungi vitamin dan mineral penting.- Mudah dimasak dan serba guna.- Murah dan mudah didapati, terutama di Borneo.