Terdapat perbezaan jumlah pembakaran kalori bagi individu yang berat berbeza walaupun jarak brisk walk mereka sama. -Gambar hiasan AI
RAMAI beranggapan semua orang boleh brisk walk dengan jarak yang sama dalam usaha untuk membakar kalori, namun hakikatnya jarak berjalan yang sesuai bergantung pada berat badan masing-masing.Jurulatih kecergasan, Fatin Najwa berkata semakin berat badan seseorang, maka semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan otot dan sendi. Jadi, individu yang tubuhnya lebih berat boleh membakar kalori lebih banyak walaupun menempuh jarak yang sama dengan mereka yang lebih ringan.Contohnya, individu yang mempunyai berat 55kg yang melakukan brisk walk sejauh 4km membakar kira-kira 230 kalori.Manakala, dengan jarak yang sama bagi individu 85kg, dia membakar sebanyak 350 kalori.Fatin menekankan, panduan itu bukan sekadar untuk menunjukkan perbezaan kalori dibakar, tetapi juga membantu memilih jarak brisk walk yang lebih efektif dan seimbang mengikut berat badan.Panduan jarak brisk walk mengikut berat badan:- 50-60 kg → 4 km (bakar 220-250 kalori)- 61-75 kg → 5 km (bakar 280-320 kalori)- 76-90 kg → 6 km (bakar 350-400 kalori)- 90kg keatas → 6-7 km (bakar 420-480 kalori)Selain membakar kalori, brisk walk juga baik untuk kesihatan jantung, otot kaki dan tulang, malah boleh kurangkan stres.