SEORANG wanita berusia 30 tahun kini hidup sebagai orang kelainan upaya (OKU) penglihatan selepas mengalami komplikasi serius akibat tekanan darah tinggi dan kencing manis.Menurut keluarganya, sebelum ini dia sihat dan mampu melihat dengan normal tetapi segalanya berubah ketika berusia 28 tahun. Peningkatan tekanan darah yang mendadak memberi kesan kepada saraf mata menyebabkan pendarahan retina dan dia kehilangan kedua-dua deria penglihatan.Selepas itu, komplikasi lain turut muncul apabila buah pinggangnya rosak hingga memerlukan rawatan dialisis.“Dia dah tak ada peluang untuk sembuh bila saraf mata dah mati. Pakar pun tak boleh buat apa. Harap kuasa Allah sahaja,” kata ahli keluarganya.Awal kejadian, pesakit mengalami tekanan emosi yang teruk dan mengurung diri di bilik selama beberapa bulan. Namun, selepas enam bulan, dia mula menerima takdirnya dan semakin mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai individu OKU.Tip elak buta dan komplikasi darah tinggi/ kencing manis- Pemeriksaan awal: Periksa tekanan darah dan gula walaupun masih muda.- Jangan ambil ringan: Bacaan naik sikit pun boleh rosakkan saraf mata dan buah pinggang.- Pemeriksaan mata tahunan: Wajib bagi pesakit darah tinggi dan kencing manis.- Jangan berhenti makan ubat: Boleh sebabkan naik mendadak dan pendarahan mata.- Jaga makan: Kurangkan garam, gula dan makanan proses.- Aktif dan kawal berat: Jalan 30 minit sehari pun membantu.- Peka simptom: Penglihatan kabur, sakit kepala kuat, cepat penat. Disaran terus jumpa doktor.