suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panik akaun tiba-tiba ‘beku’ tanpa sebab, bekas pengurus bank kongsi empat punca tapi ramai tak sedar

Pembekuan akaun bank boleh berlaku atas beberapa faktor. -Gambar hiasan AI

SIAPA yang tak panik apabila akaun bank tiba-tiba tidak boleh digunakan atau disekat sehingga menyebabkan pelbagai transaksi tergendala.

Dalam situasi tersebut, biasanya ramai akan terus menyalahkan pihak bank kerana tidak memaklumkan mengenai perkara tersebut terlebih dahulu.

Bagaimanapun, menurut bekas pengurus bank Hafiz Specter di Threads, terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sesuatu akaun disekat.

Jelas Hafiz, setiap bank mempunyi sistem pemantauan bagi mengesan transaksi mencurigakan dan langkah berkenaan berkait rapat dengan undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.

Perkara itu menurutnya turut selari dengan penjelasan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa tindakan membekukan atau menutup akaun boleh dilakukan jika berlaku pelanggaran terma dan syarat berkaitan aktiviti haram atau penipuan.

Berikut merupakan 4 faktor utama akaun individu boleh dibekukan bank:

1. Benarkan orang lain guna akaun

Antara punca paling biasa ialah pemilik akaun membenarkan individu lain menggunakan akaun mereka untuk menerima atau memindahkan wang.

Walaupun kelihatan biasa, tindakan itu boleh mendedahkan pemilik akaun kepada risiko menjadi 'money mule' atau keldai akaun.

2. Corak transaksi berubah

Seperkara lagi yang boleh menjadi punca ialah corak transaksi tidak sepadan dengan profil kewangan pemilik akaun.

Contohnya, seseorang mengisytiharkan pendapatan bulanan sekitar RM3,000 tetapi akaunnya tiba-tiba menerima dan memindahkan puluhan ribu ringgit dengan kerap.

Transaksi sedemikian boleh menyebabkan sistem bank mengesan sesuatu yang luar biasa dan memerlukan semakan lanjut.

3. Guna akaun peribadi untuk berniaga

Pemilik perniagaan disaran memastikan urusan perniagaan dilakukan secara teratur, termasuk mendaftarkan perniagaan jika diperlukan dan menggunakan akaun yang sesuai.

Menyimpan dokumen seperti invois, resit serta rekod transaksi juga boleh membantu menjelaskan sumber dana sekiranya berlaku semakan.

4. Akaun dilapor menipu

Akaun individu juga mungkin mendapat perhatian pihak bank apabila terdapat laporan kaitan dengan transaksi penipuan.

Dalam kes ini, wang yang masuk mungkin sebenarnya berasal daripada mangsa penipuan atas talian ataupun scam sebelum dipindahkan ke akaun lain.

Malah, BNM juga dikatakan mempunyai kaedah tertentu dalam memperkukuh pengesanan serta pengendalian akaun keldai bagi membantu menjejaki dana hasil penipuan.

Artikel Lain