suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Linda Rafar tak menang tangan... Bahagi masa antara latihan konsert Elite dan persiapan kahwin anak

Linda (kanan) masih memberikan komitmen sepenuhnya terhadap persembahan bersama Elite.

DALAM kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan anak sulungnya, penyanyi Linda Rafar tetap memastikan komitmennya bersama kumpulan Elite tidak terjejas menjelang Live Concert: Elegant Selamanya pada 30 Oktober ini.

Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata jadual hariannya kini padat dengan sesi latihan bersama Elite selain menguruskan sendiri persiapan perkahwinan anaknya yang bakal berlangsung pada 7 November depan.

“Sebenarnya jadual saya memang sangat padat. Kelmarin (Rabu) saya ada latihan dengan Elite, hampir setiap hari ada latihan dengan nak buat persiapan majlis kahwin anak lagi. 

“Saya rasa kalau semua perkara kita buat dengan ikhlas, insya-Allah semuanya akan dipermudahkan.

 Linda teruja bakal menerima menantu sulung tidak lama lagi.

Linda teruja bakal menerima menantu sulung tidak lama lagi.

“Saya tetap beri komitmen kepada Elite, saya minta jadual latihan awal-awal supaya senang bahagikan masa. Alhamdulillah mereka semua pun sangat memahami,” katanya kepada mStar. 

Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pertunangan anak sulungnya, Aril & Ika yang diadakan di Habib Landmark, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bercerita lanjut mengenai persiapan perkahwinan anaknya, Linda mengakui dia menguruskan sendiri segala keperluan untuk ketiga-tiga majlis termasuk pertunangan, pernikahan dan acara resepsi.

Menurut Linda, meskipun ada yang menganggap tindakannya itu keterlaluan dan menasihatinya supaya menyerahkan urusan berkenaan kepada pihak lain, dia sebaliknya berasa gembira dan tidak tertekan.

ARTIKEL BERKAITAN: 26 tahun tak pernah berenggang, Linda Rafar sebak anak sulung luah hasrat berumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak dapat 9A dalam SPM, Linda Rafar janji hadiahkan sebuah kereta

“Kurang sebulan lagi anak saya akan bernikah, pada 7 November. Memang semua persiapan saya buat sendiri untuk ketiga-tiga majlis. 

“Ramai orang cakap saya ‘gila’ buat semua ini sendiri, ada yang nasihatkan untuk saya beri tanggungjawab ini pada orang lain supaya saya boleh berehat, tapi saya gembira saya tak rasa tertekan pun. 

“Anda mesti tak percaya daripada perkara kecil, pengacara dan pengurusan majlis, menu tetamu dan tajaan semuanya saya uruskan sendiri,” ujarnya.

Kalau saya serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain, takut nanti ada masalah di kemudian hari. 

LINDA RAFAR

PENYANYI

Dalam pada itu, Linda menjelaskan sikapnya yang mementingkan kesempurnaan menjadi antara sebab dia memilih untuk mengendalikan sendiri setiap perkara bagi memastikan majlis istimewa itu berjalan lancar.

“Pertamanya, saya memang OCD sikit kerana terlalu mementingkan kesempurnaan. Kedua, anak pertama yang nak kahwin jadi saya mahu pastikan semua berjalan dengan lancar. 

“Kalau saya serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain, takut nanti ada masalah di kemudian hari, apa yang saya nak tak dapat. 

“Itu lebih membuatkan saya tertekan, jadi saya fikir kenapa tidak saya lakukan semua persiapan dari awal hingga akhir. Biarlah penat dahulu dan hasilnya buat saya gembira,” katanya. 

Pada Khamis, anak sulung Linda, Rezaril Keifli, 26, mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ika.

Dari kiri: Syed Aiman, Rezaril, Ika dan Linda di acara pertunangan yang diadakan pada Khamis.

Dari kiri: Syed Aiman, Rezaril, Ika dan Linda di acara pertunangan yang diadakan pada Khamis.

Pasangan itu dilaporkan sudah menjalin hubungan sejak di bangku sekolah sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

Untuk rekod, Rezaril ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas suaminya, Keifli Othman, pada 1999 sebelum mereka bercerai pada 2004.

Linda kemudian mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 18, Syed Rezariiq, 15, dan Syed Rezaliif, 10.

Artikel Lain