suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenuh sental bilik air, tetap bau hancing! Pemilik hotel kongsi rahsia housekeeping, tanpa perlu sembur pewangi

Tandas perlu dicuci dengan sebaiknya bagi mengelakkan daripada berbau busuk. -Gambar hiasan AI

BIASANYA perkara pertama yang akan diperiksa selepas mendaftar masuk ke bilik hotel adalah kebersihan bilik air dan tandas.

Kamar mandi yang bersih dan tandas tidak mempunyai bau busuk adalah petanda penginapan akan menjadi lebih selesa.

Malah ramai juga kagum dengan tahap kebersihan bilik air di hotel-hotel selain suasananya yang selesa dan kondusif.

Pasti ramai tertanya-tanya, apa rahsia digunakan oleh housekeeping sehingga lantai bilik air hotel pun nampak berkilat.

Seorang pengusaha hotel, kudean.zainal berkongsi beberapa tip dan Prosedur Operasi Standard (SOP) digunakan yang menurutnya, boleh dipraktikkan di tandas rumah.

Jelasnya, cucian yang bersih bukan sahaja dilakukan di bahagian mangkuk tandas, malah seluruh kawasan termasuk lantai dan sinki turut memainkan peranan bagi mengelak bau busuk.

"Sebenarnya dalam housekeeping hotel, mencuci tandas pun ada SOP sendiri, lepas guest check-out, room attendant bukan sekadar cuci mangkuk tandas tapi akan bersihkan semua kawasan sinki, shower area, floor dan floor trap.

"Untuk elakkan bau hancing, bahan kimia yang sesuai digunakan untuk buang punca bau, bukan sekadar tutup bau dengan pewangi. 

"Lepas itu, lantai dikeringkan guna kain dan mop yang berasingan mengikut kawasan," katanya di laman Threads.

Selain itu, pemeriksaan rapi juga perlu ditumpukan kepada sistem pengudaraan dalam tandas bagi memastikan permukaan lantai sentiasa kering dan bebas daripada bau busuk.

"Satu lagi, ventilasi dan pemeriksaan floor trap pun penting sebab itu tandas boleh nampak bersih, kering dan tak berbau walaupun guest baru check-out. 

"Ini antara disiplin housekeeping hotel yang kita boleh praktikkan dekat rumah juga," ujarnya.

 

Artikel Lain