PELAKON Siti Khadijah tidak menolak takdir andai dia berjodoh dengan aktor Amir Ahnaf. Siti atau nama sebenarnya Siti Khadijah Halim, 29, bagaimanapun menegaskan hubungannya dengan pelakon itu kini hanyalah sekadar rakan sekerja. Ini kerana Siti berkata, dia enggan mendahului ketentuan Ilahi memandangkan soal jodoh dan pertemuan berada di luar kawalannya.Siti (kiri) tidak menolak jika ditakdirkan ada jodoh dengan Amir."Boleh sahaja, ramai yang bertanya mengenai hubungan kami. Sejujurnya saya sekadar berkawan sahaja dengan dia. Kalau ada rezeki seterusnya, adalah. Itu sahaja saya boleh komen sekarang."Siapalah kita untuk menolak ketentuan Tuhan? Mulut boleh cakap macam-macam, tetapi takdir yang menentukan. "Saya tidak mahu bercakap berlebih-lebihan sebab Allah yang memegang hati kita," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah pilih jawapan selamat - "Kalau suka suami orang, susah pula nanti" ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah bengang foto kena edit, mahu cari dan saman pemfitnahMenyentuh mengenai pendedahan Amir menerusi sesi siaran langsung yang mengakui Siti merupakan wanita pujaan hati, aktres berkenaan menganggap kenyataan itu sekadar pujian biasa. "Saya ada nampak sesi siaran langsung tersebut. 'Crush' itu sekadar crush sahaja, macam puji lawa tudung hari ini. Ia tidak membawa maksud apa-apa yang serius,” ujarnya.Ditanya mengenai pandangan peminat yang melihat sisi dirinya lebih manja dan feminin apabila berada di samping Amir, Siti mengakui perwatakan pelakon lelaki itu yang dominan sedikit sebanyak mempengaruhi interaksi mereka berdua.Siti akui Amir lebih dominan bila mereka bersama.“Mungkin orang nampak sisi lain sebab Amir itu perwatakannya lebih dominan bila berada di sebelah saya. "Saya sendiri seorang yang agak dominan juga, tetapi bila dengan dia, nampak perbezaan itu. Lagipun dia selalu ada bersama, sebab itu orang sering nampak kami berdua,” ujarnya. Mengulas mengenai statusnya ketika ini, Siti memaklumkan dia belum terfikir untuk menjalin hubungan serius memandangkan jadual hariannya padat dengan pelbagai komitmen penggambaran.“Hari-hari saya sibuk dengan kerja. Untuk berkenalan dengan sesiapa itu ada juga, tetapi saya tidaklah mencari secara beria-ia. Saya percaya orang yang tepat akan hadir pada waktu yang tepat,” katanya.Sebelum ini, keserasian Siti dan Amir melalui drama Cinta Dalam Serkam membuatkan ramai peminat mendoakan supaya mereka berdua berjodohan.