suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengusaha pusat transit cari tak jumpa, rupanya anak tertinggal van sekolah... Lepas siasat rupanya angkara cikgu!

Setiap pelajar pasti mahu membantu guru demi mendapatkan keberkatan ilmu. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak berada dalam keadaan selamat sepanjang berada di sekolah, termasuk ketika menggunakan perkhidmatan van atau bas bagi urusan pergi dan balik.

Namun, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila anaknya didakwa tercicir daripada menaiki van sekolah gara-gara diminta mengisi air ke dalam botol minuman milik seorang guru.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata, kejadian berkenaan hanya disedari selepas pengusaha pusat transit memaklumkan bahawa anaknya tidak tiba di pusat berkenaan seperti biasa.

Ibu bapa perlu mengambil tahu segala masalah yang berlaku pada anak ketika belajar di sekolah. -Gambar hiasan AI

"Anak saya terlepas van sekolahnya sebab ada cikgu suruh isikan air botol daripada mesin penapis air sebelum balik sekolah.

"Pemilik transit beritahu saya apa yang berlaku. Van dah sampai pusat transit tu tapi anak saya tak ada. Mujur la transit tu peka keberadaan anak-anak jagaan," cerita si ibu.

Kesal dengan apa yang berlaku, wanita itu kemudian menghubungi guru kelas anaknya menerusi WhatsApp untuk mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun, si ibu tidak menjelaskan lebih lanjut sekiranya dia berjaya atau gagal menghubungi cikgu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid nak masuk sekolah, cikgu ‘angkut’ sekeluarga tolong hias kelas... selesai sudah masalah 32 meja comot!

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu terkedu diludah murid, bangkit isu batas kesabaran seorang guru... Jika terus berlembut, bimbang salah hantar mesej kepada pelajar

Curiga dengan apa yang berlaku, dia bertanyakan kepada anaknya sama ada tugasan peribadi sedemikian sering diminta oleh guru tersebut.

"Saya tanya anak dah berapa kali cikgu tu suruh isikan air dia? Anak saya kata, dia saja dah dua kali kena tolong isi. Murid lain pun kena. 

"Melampau betul, isi air dalam botol sendiri pun suruh murid buat. Saya okey je kalau cikgu minta bawakan buku hantar ke bilik guru ke... Ni suruh isi air botol dia. Anak saya pun isi sendiri air botol bekal dia bawa," ujar si ibu.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang turut berkongsi pengalaman anak mereka diminta melakukan tugasan peribadi guru.

  • Anak terlepas van gara-gara isi air botol cikgu.
  • Ibu kesal murid diminta buat kerja peribadi guru.
  • Pusat transit menyedari ketiadaan murid.
  • Anak didakwa dua kali diminta isi air botol guru.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman sama.

Seorang pengguna mendakwa anaknya pernah diminta mengambil makanan yang dipesan menerusi perkhidmatan penghantaran di pondok pengawal sekolah.

"Sebenarnya boleh ke tidak? Anak saya Darjah Satu. Diminta ambil air cikgu order dari rider penghantaran di guard house. Anak saya perempuan. Mesti la saya risau. 

"Untuk kali pertama, saya diamkan saja takut anak saya jadi sasaran. Kalau cikgu minta bawakan buku atau barang pembelajaran, saya okey je. Untuk ambilkan barang, rasa macam tak patut," komen seorang netizen.

Artikel Lain