suria

[V] Mesti ramai ibu bapa runsing anak kerap sakit selepas masuk taska... Pakar pediatrik terang apa sebenarnya berlaku

Anak mudah dijangkiti virus baharu apabila bergaul dengan rakan di sekolah. -Gambar hiasan AI

RAMAI ibu bapa mula bimbang apabila mendapati anak mereka kerap mengalami selesema atau demam, terutamanya selepas mula dihantar ke taska atau pusat jagaan.

Namun menurut Pakar Pediatrik Pembangunan, Dr Charlotte Jane Joseph, keadaan tersebut sebenarnya perkara biasa dan bukan petanda anak mempunyai sistem imun yang lemah.

Jelas beliau, pada peringkat awal kehidupan, sistem imun kanak-kanak masih dalam proses ‘belajar’ untuk melawan kuman dan virus.

Kanak-kanak mudah jatuh sakit bila masuk ke taska. -Gambar hiasan AIKanak-kanak mudah jatuh sakit bila masuk ke taska. -Gambar hiasan AI

“Apabila kanak-kanak mula bergaul dengan rakan sebaya, mereka akan terdedah kepada pelbagai virus baharu. 

"Akibatnya, selesema dan demam berlaku dengan lebih kerap,” katanya menenerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].

Jelasnya, pendedahan tersebut penting kerana ia membantu menguatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak dari semasa ke semasa.

Dr Charlotte menegaskan bahawa anak yang kerap sakit bukan bermaksud mereka lemah, sebaliknya ia boleh menjadi tanda sistem imun sedang berkembang dan menyesuaikan diri.

Ibu bapa disarankan untuk membantu proses tersebut dengan memastikan anak mendapat tidur yang mencukupi, pemakanan seimbang serta mengamalkan kebersihan diri, termasuk membasuh tangan dengan kerap.

“Dengan penjagaan asas yang betul, sistem imun anak akan menjadi lebih kuat,” katanya.

Artikel Lain