suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penunggang motosikal maut dihempap pokok berdekatan balai bomba, operasi menyelamat selesai kurang 1 jam

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian pada Ahad. -Foto BBP

SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Stadium berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alot Setar, Kedah pada Ahad.

Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.15 tengah hari.

Menurut Ismail, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohd Radzi Abdul Talib dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Komander Operasi melaporkan kejadian itu membabitkan dua motosikal yang melalui kawasan berkenaan ketika pokok tumbang.

"Mangsa, Ahmad Farazi Kasim, 51, yang menunggang salah satu motosikal dihempap pokok dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Kata Ismail, mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, Komander Operasi turut memaklumkan kerja pembersihan pokok tumbang di atas jalan raya dilakukan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada pukul 1.53 tengah hari.

Seorang lagi mangsa berusia lingkungan 20-an yang menunggang sebuah lagi motosikal terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Artikel Lain