SEORANG guru besar ditahan kerana disyaki memukul dan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada pagi Selasa lalu. “Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 7.39 pagi Selasa di kantin sekolah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, suspek yang merupakan guru besar sebuah sekolah di Johor Bahru itu kemudiannya ditahan pada pukul 4.55 petang pada hari sama.ARTIKEL BERKAITAN: Guru besar guna sepana belasah timbalan, cemburu jalin hubungan dengan staf di sekolah“Suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.“Semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan turut didapati negatif dadah,” katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang memaparkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka. - The Star.