Mat Sabu berkata ia adalah langkah berjaga-jaga susulan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan kakitangan kementerian yang tinggal di kediaman atas tanah (landed) untuk mula menanam sayur-sayuran sendiri sebagai langkah proaktif menghadapi kemungkinan gangguan bekalan makanan global.Menurutnya, inisiatif ini merupakan kebangkitan moden kepada kempen 'buku hijau' yang diperkenalkan semasa era bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. “Sebagai langkah awal untuk melibatkan semua orang, saya akan mengarahkan pegawai kementerian yang tinggal di rumah atas tanah, yang bukan pangsapuri atau flat, untuk mula menanam tanaman cepat dituai seperti cili, terung dan daun kucai,” katanya.Mohamad berkata demikian ketika bersama jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dalam sidang media khas di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan 'Kangkung' Timbul Kekecohan Di InternetTambahnya, inisiatif ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga susulan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.“Kita tidak tahu bila krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran akan berakhir. Sudah dua minggu berlalu dan masih tiada tanda ia akan berhenti.“Kita berharap ia dapat diselesaikan dengan cepat supaya tiada perkara tidak diingini berlaku, terutamanya berkaitan kecukupan makanan,” katanya.Ketegangan di Timur Tengah meningkat sejak 28 Februari susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran.Setakat pagi 13 Mac, harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$100 setong selepas sebelum ini turun kepada US$91 setong pada hari Rabu. - The Star