suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Orang ramai tak perlu risau, bekalan makanan negara cukup hingga pertengahan tahun

Mohamad berkata bekalan makanan mencukupi sehingga pertengahan tahun.

KERAJAAN memberi jaminan bekalan makanan negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun ini.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, rakyat Malaysia juga tidak perlu bimbang mengenai hal itu kerana keadaan semasa masih lagi stabil walaupun berlakunya konflik di Asia Barat.

"Keadaan beras, daging ayam, telur, ikan, daging lembu, kerbau, susu segar, sayur, buah-buahan semuanya cukup sekurang-kurangnya sampai bulan lima dan enam yang akan datang," katanya.

Dia berkata demikian sewaktu sidang akhbar sempena Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya pada Jumaat.

Tambahnya lagi, kebanyakan sumber import makanan Malaysia juga tidak melalui laluan konflik utama di Asia Barat.

Dalam pada itu, Mohamad berkata Kabinet bersetuju untuk meningkatkan stok simpanan beras supaya bekalan makanan terus terjamin.

“Beras pula... kabinet dah setuju kita tambah bekalan sampai ke sembilan bulan  yang akan datang, ianya mencukupi,” katanya lagi.

Antara lain katanya, kementerian juga akan mempergiatkan usaha untuk memastikan orang ramai terus mendapat bekalan makanan dengan harga yang berpatutan.

Ia termasuklah memperluaskan program Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan makanan pada harga lebih rendah sehingga 30 peratus berbanding pasaran.

 

Artikel Lain