Video raya korporat bertajuk Maaf Saya… boleh ditonton di saluran media sosial rasmi Agrobank. -Foto LOW LAY PHON/SMG
AGROBANK melancarkan video raya korporat bertajuk Maaf Saya... sebuah karya istimewa yang mengetengahkan mesej empati, penerimaan serta kesedaran terhadap autisme dan kepelbagaian neuro (neurodiversity) dalam masyarakat.Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin di Aurum Theatre, The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Khamis. Video raya itu memaparkan kisah menyentuh hati sebuah keluarga yang berdepan cabaran membesarkan anak autisme.Que Haidar teraju utama di dalam Maaf Saya… -Gambar tangkap layar YouTube Agrobank TVIa sekali gus mengajak masyarakat memahami bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang wajar dihargai dan diraikan.Karya tersebut menampilkan pelakon terkenal, Que Haidar sebagai teraju utama yang membawa watak seorang bapa melalui perjalanan emosi dalam memahami anaknya.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, video raya tahun ini membawa mesej sosial yang lebih mendalam.“Video raya Agrobank pada tahun ini bukan sekadar karya sempena sambutan Aidilfitri, malah membawa mesej sosial kepada masyarakat."Golongan neurodiversiti amat dekat di hati kami di Agrobank,” katanya.Menurut beliau, sebelum penghasilan video tersebut, Agrobank turut mengangkat karya seni individu neurodiversiti melalui penghasilan barangan korporat sebagai sebahagian komitmen meraikan kepelbagaian bakat dalam masyarakat.“Inisiatif ini selari dengan komitmen Agrobank untuk membina masyarakat yang lebih inklusif serta prihatin terhadap golongan yang memerlukan perhatian khusus,” tambahnya.Tengku Ahmad Badli (kiri) memaklumkan video raya tahun ini membawa mesej sosial yang lebih mendalam. -Foto LOW LAY PHON/SMGSementara itu, Chan Foong Hin memuji usaha Agrobank yang bukan sahaja berperanan dalam menyediakan pembiayaan kepada sektor agromakanan, malah aktif melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).“Di dunia ini terdapat pelbagai jenis manusia termasuk kanak-kanak autisme. Mereka juga manusia seperti kita dan tidak sepatutnya dibezakan atau dipinggirkan daripada masyarakat,” katanya.Beliau berharap lebih banyak organisasi mencontohi pendekatan Agrobank dalam memperkasa komuniti melalui program inklusif.Menurutnya lagi, filem pendek tersebut lahir daripada kesedaran untuk memastikan perkhidmatan perbankan dan kewangan bersifat inklusif kepada semua lapisan masyarakat.“Kanak-kanak autisme bukan mempunyai kekurangan, sebaliknya mempunyai kelainan dan mungkin kelebihan tersendiri. Masyarakat perlu menjadi lebih inklusif serta meraikan kelainan mereka,” ujarnya.Bersempena pelancaran itu, Agrobank turut memperkenalkan kempen Jalinan Nurani dengan menawarkan pembukaan akaun tanpa deposit kepada 300 kanak-kanak autisme terawal di seluruh negara bermula Khamis.Mereka juga akan menerima pelan perlindungan kemalangan diri Agro Nurani secara percuma dengan perlindungan sehingga RM11,500.Inisiatif berkenaan bertujuan menggalakkan keterangkuman kewangan serta membantu keluarga kanak-kanak autisme memulakan perancangan kewangan yang lebih teratur.Sementara itu, idea asal filem Maaf Saya... diilhamkan daripada gabungan beberapa kisah benar dalam masyarakat, termasuk pengalaman kanak-kanak autisme yang sering disalah faham orang awam.Pengarahnya, Sharruddin Zain turut berkongsi pengalaman sebagai bapa kepada anak autisme yang menjadi inspirasi kepada beberapa babak dalam karya tersebut.Video raya berkenaan diharap mampu membuka ruang pemahaman masyarakat terhadap realiti kehidupan keluarga anak autisme serta memupuk nilai empati dan penerimaan dalam kehidupan seharian.Orang ramai boleh menonton video Aidilfitri Maaf Saya... menerusi platform media sosial rasmi Agrobank.