suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada kisah di sebalik terciptanya aircond, asalnya bukan untuk kegunaan manusia

Pendingin hawa berfungsi mengawal suhu ruang terutamanya kediaman rumah.

UMUM mengetahui bahawa pendingin hawa berfungsi sebagai alat mengawal suhu dalam bilik atau kenderaan agar persekitaran lebih selesa.

Bahkan, sudah menjadi kelaziman setiap rumah hari ini pasti memiliki alat penyaman udara bagi mengekalkan keselesaan penghuni kediaman.

Namun, tahukah anda bahawa perkakas elektrik itu asalnya bukan dicipta untuk tujuan itu?

Mula tercipta pada 1902, idea pendingin hawa terhasil selepas sebuah kilang percetakan di Brooklyn, New York mengalami masalah kelembapan udara yang merosakkan kesemua kertas dan dakwat pada mesin cetak.

Menyedari masalah itu berpunca akibat sistem pengudaraan, seorang jurutera dari syarikat terbabit, Willis Carrier mencipta satu inovasi pada mesin gegelung yang berupaya mengalirkan udara sejuk pada kilangnya.

Tidak sekadar menurunkan suhu, Carrier turut berjaya mengawal kelembapan udara sekali gus membantu proses percetakan kembali beroperasi dengan lebih pantas.

Willis Carrier bersama mesin gegelung ciptaannya pada 1902.

Mesin gegelung itu kemudiannya semakin mendapat perhatian meluas dalam proses kilang-kilang lain terutamanya pada musim panas.

Sejak itu, sistem penyejukan Carrier mula diterjemahkan dalam penggunaan lain iaitu mengekalkan keselesaan pekerja kilang pada suhu rendah selain mengekalkan udara nyaman walaupun dalam suasana sibuk.

Pada 1906, ciptaannya melalui satu lagi inovasi apabila dijadikan sebuah mesin penyaman udara pertama di dunia yang mampu melembabkan dan mengawal suhu di sesebuah ruang bilik.

Menjelang 1928, Carrier membangunkan beberapa buah unit penyaman udara bersaiz kecil dengan tujuan diedarkan pada premis runcit sebelum terus berkembang ke industri komersial seperti panggung wayang dan bangunan pejabat.

Sehingga kini, ia semakin diterima meluas di serata dunia dan sudah menjadi satu keperluan bagi sektor perkilangan dan keselesaan penghuni kediaman. - Agensi

Artikel Lain