Kita hendaklah membantu meringankan beban pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga mengikut kemampuan. -Gambar hiasan AI
MAJLIS perkahwinan pastinya memerlukan perancangan rapi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal kewangan dan pembahagian tanggungjawab dalam keluarga.Namun, timbul rasa kurang senang bagi seorang individu apabila diminta menaja majlis perkahwinan sepupunya atas alasan mahu membantu meringankan beban. Menurut individu itu, permintaan berkenaan dibuat oleh neneknya yang meminta dia membayar upah perkhidmatan disc jockey atau DJ sebagai salah satu bentuk sumbangan untuk majlis tersebut.Saudara-mara pastinya menjadi antara golongan yang sibuk membantu membuat persiapan bagi memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar. -Gambar hiasan AI"Sepupu aku nak kahwin tapi nenek suruh aku sponsor DJ untuk dia atas sebab kesian. Jadi kena la tolong sikit-sikit."Habis tu aku yang nak kahwin tahun depan ni? Tak guna duit ke untuk bayar DJ," soal wanita itu.Bagaimanapun, dia yang turut merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan mempersoalkan mengapa dirinya perlu menanggung kos berkenaan.Dia mendakwa neneknya sudah mengatur pembahagian tanggungjawab dalam kalangan ahli keluarga dengan menetapkan setiap orang perlu menaja perkara tertentu bagi menjayakan majlis.ARTIKEL BERKAITAN: Adik gaji ‘basic’ tak sampai RM2,000 sibuk nak kahwin! Kakak geram ibu tak bantah, siap suruh ‘sponsor’ duit hantaranARTIKEL BERKAITAN: “Sponsor? Kau siapa?” - MUA dipermain rakan baik, lepas setahun kahwin tak segan ajak lepak walau hutang tak bayar"Saya pun senyap sajalah, buat tak tahu. Malas nak layan permintaan nenek sebab saya dekat sini separuh mati cari duit."Saya malas nak cakap dan suruh nenek yang sponsor sebab masa saya bertunang dulu, tak ada pula orang nak taja apa-apa."Nenek kita siap aturkan lagi bab tajaan. Setiap orang sudah ada bahagian kena sponsor apa. Mana tidaknya, ini merupakan cucu pertama yang berkahwin," jelas wanita itu lagi.Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat sumbangan untuk majlis perkahwinan sepatutnya dibuat secara sukarela dan mengikut kemampuan masing-masing.Nenek minta cucu sponsor DJ untuk majlis kahwin sepupu.Wanita persoal permintaan tajaan sedangkan bakal berkahwin tahun depan.Nenek siap tetapkan bahagian tajaan setiap ahli keluarga.Terkilan tiada siapa sponsor majlis pertunangannya sebelum ini.Netizen berpendapat tajaan perlu ikut kemampuan dan bukan paksaan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cakap je DJ tu tak penting. Tak ada pun, kenduri akan tetap berjalan. Kalau ada speaker, sendiri je la jadi DJ."Famili aku pun jenis sponsor juga untuk sesiapa kahwin tapi ikut kemampuan. Yang tak mampu, sumbang la tenaga."Lagi satu, sponsor itu kan sedekah. Kalau paksa nanti risau tak ikhlas je," komen seorang netizen.