Mengabadikan gambar dan video di laman sosial sudah menjadi satu 'kewajipan' setiap kali raya. -Gambar hiasan AI
SUDAH menjadi kelaziman apabila berkumpul menyambut Aidilfitri, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video sebagai kenangan bersama keluarga dan sahabat handai.Lebih-lebih lagi dengan kecanggihan telefon pintar masa kini, ramai memilih untuk merakam detik-detik istimewa hanya menggunakan telefon. Namun ada juga yang berdepan kekecewaan apabila video yang dirakam kelihatan cantik di telefon, tetapi hasilnya berubah apabila dimuat naik ke media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jimat masa dan duit! Lelaki kongsi ‘hack’ buka bagasi terkunci, ramai dah cuba memang menjadiMenurut perkongsian oleh pengguna di aplikasi Threads, @hdmobile.my masalah tersebut selalunya berlaku disebabkan tetapan HDR (High Dynamic Range atau Julat Dinamik Tinggi) pada telefon iPhone.Justeru, pengguna tersebut berkongsi beberapa tip yang perlu dilakukan sebelum merakam video, bagi mengelakkan masalah berkenaan berlaku.Pengguna iPhone perlu menutup 'toggle' HDR Video agar video yang dirakam tidak 'pecah'. 1. Matikan fungsi HDR VideoCaranya dengan pergi ke Settings > Camera > Record Video, kemudian tutup toggle (suis) HDR Video.Dengan cara ini, video akan dirakam dalam format SDR yang lebih stabil untuk proses suntingan serta lebih sesuai dimuat naik ke pelbagai platform.2. Lock tetapan pencahayaan (exposure) semasa merakamTekan dan tahan pada subjek yang ingin dirakam sehingga paparan 'AE/AF Lock' muncul pada skrin.Selepas itu, laraskan ikon matahari dengan meleretnya sedikit ke bawah bagi mengelakkan tahap kecerahan berubah secara tiba-tiba semasa rakaman.3. Gunakan format yang lebih universalPergi ke Settings > Camera > Formats, kemudian pilih Most Compatible.Langkah ini membolehkan video disimpan dalam format H.264 yang lebih universal serta mudah digunakan di kebanyakan platform.Menurut perkongsian tersebut, langkah-langkah ini penting bagi memastikan kualiti video lebih konsisten.Semoga bermanfaat!