Kebanyakan wanita menghadapi masalah menghilangkan kesan tompokan alat solek dan peluh pada tudung. -Gambar hiasan AI (kiri)
SALAH satu masalah dihadapi wanita berhijab ialah kesan solekan pada tudung yang sukar ditanggalkan.Kotoran bedak asas atau pun peluh sering menyebabkan bahagian tudung yang menyentuh muka dan leher kelihatan kotor serta berminyak. Ramai mencuba pelbagai cara seperti merendam atau menggosok bahagian tersebut namun kesan kotoran masih sukar ditanggalkan sepenuhnya.Situasi ini pastinya mengecewakan lebih-lebih lagi jika melibatkan tudung kegemaran.ARTIKEL BERKAITAN: CCTV jiran hala ke rumah kita? Jangan diam kalau privasi diceroboh, peguam ajar cara ambil tindakanSayang rasanya jika terpaksa dibuang hanya kerana kesan solekan yang degil.Baru-baru ini di aplikasi Threads, perkongsian seorang gadis mengenai masalah itu menarik perhatian warga maya.Menjengah ruangan komen, ramai pengguna tampil berkongsi pelbagai tip yang boleh dicuba bagi menghilangkan kesan kotoran pada tudung akibat solekan dan peluh.Berikut beberapa petua yang boleh dijadikan panduan:1. Gunakan air micellarAir micellar atau micellar water yang biasanya digunakan untuk menanggalkan solekan pada wajah juga boleh membantu membersihkan kotoran pada tudung.Caranya, tuangkan sedikit air micellar pada kapas dan gosok perlahan-lahan pada bahagian yang kotor. Selepas itu, basuh tudung seperti biasa menggunakan sabun pencuci.2. Rendam dengan pencuci pinggan dan air panasLetakkan tudung ke dalam besen dan tuangkan sedikit pencuci pinggan cecair. Kemudian, tambahkan air panas sehingga menutupi tudung tersebut.Biarkan ia direndam semalaman sebelum dicuci seperti biasa. Kaedah ini dikatakan berkesan untuk menghilangkan kesan peluh yang berminyak.3. Bedak dan sabun mandi cecairTaburkan bedak serbuk, kemudian tuang sedikit sabun mandi cecair pada bahagian yang terkena kotoran. Selepas itu, cuci perlahan-lahan sebelum membilasnya sehingga bersih.4. Gunakan sabun badan bukuSelain itu, sabun badan jenis buku juga boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran.Tonyoh sabun tersebut pada bahagian yang terkena mekap atau peluh, kemudian gosok secara lembut sebelum membilasnya dengan air bersih.Walau bagaimanapun, ketika mencuci tudung, elakkan menggosok terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan fabrik dan menyebabkan tudung cepat rosak. Selamat mencuba!