suria

[V] Jimat masa dan duit! Lelaki kongsi ‘hack’ buka bagasi terkunci, ramai dah cuba memang menjadi

Seorang pelayar berkongsi 'hacks' untuk membuka bagasi yang terkunci.

TERLUPA kombinasi kunci bagasi memang boleh mencetuskan panik, lebih-lebih lagi kalau tidak tahu cara membuka tanpa merosakkan kunci tersebut.

Namun sebenarnya ada kaedah menyelesaikan masalah tersebut tanpa membawa beg ke kedai atau mendapatkan bantuan tukang kunci.

Menerusi perkongsian di platform Threads, pengguna dikenali sebagai Kiokhairul berkongsi satu ‘hack’ ringkas yang menurutnya sering digunakan dalam sistem kunci bagasi.

Menurutnya, kaedah itu melibatkan beberapa langkah mudah untuk mengenal pasti kombinasi sebenar pada kod dial kunci bagasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Warna baju Melayu luntur lepas cuci kali pertama? Jangan panik, ada cara elak pakaian ‘rosak’ sebelum raya

Berikut adalah perkongsian beliau:

1) Pusing setiap kod dial sehingga kelihatan lubang kecil (hole) di bahagian bawah.

2) Kenal pasti nombor pada kod dial tersebut. Sebagai contoh, jika kombinasi yang kelihatan ialah: 8 4 3

3) Tolak nombor 3 daripada setiap kod dial.

Contoh pengiraan:

8 - 3 = 5

4 - 3 = 1

3 - 3 = 0

Jadi kombinasi kod dial yang baharu ialah 5 1 0.

4) Cuba buka kunci menggunakan kombinasi tersebut dan bagasi berkemungkinan akan terbuka.

Menurut Kiokhairul, kaedah berkenaan merupakan salah satu ‘algorithm trick’ yang digunakan oleh tukang kunci.

"Kebanyakan algorithm -3. Ada sesetengah jenama -4. Beg marhaen selalunya -3," kongsinya.

Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai pengguna media sosial malah ada mendakwa berjaya membuka bagasi. 

"Menjadi weh dekat luggage terpakai saya beli second hand di factory outlet sales. Masa tu tak sedar, balik rumah baru perasan dah ada lock.

"Thanks bro sharing, jimat duit tak perlu pergi kedai minta recalibrate," tulis seorang netizen di ruangan komen.

Semoga bermanfaat!

 

Artikel Lain