KECOH di laman sosial ketika ini mengenai rungutan segelintir pelanggan apabila busana raya yang baru dibeli daripada sebuah jenama tempatan rosak gara-gara warnanya luntur selepas dicuci.Situasi itu mencetuskan panik dalam kalangan pembeli memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, tambahan pula harga pakaian tersebut bukanlah murah. Persoalannya, di manakah silapnya?Seorang pelayar yang mendakwa dirinya bekas graduan berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang sains tekstil tampil berkongsi pandangannya mengenai isu tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Lantai bersih, kepala tak comot! Ada rahsia cat siling cara pro, hanya modal payung burukMenurutnya, masalah itu berkemungkinan berpunca daripada proses penghasilan kain di kilang pembekal."Puncanya mungkin dari kilang kain yang jenama itu ambil. Kadang-kadang kilang yang menghasilkan kain tidak melakukan proses finishing dengan betul."Mereka mungkin tidak cure warna itu supaya benar-benar meresap dalam fabrik, atau pewarna (dye) yang digunakan tidak sesuai dengan material baju."Keadaan itu menyebabkan pewarna hanya floating di permukaan kain. Jadi apabila dicuci, warna tersebut mudah luntur," jelasnya.Tambahnya lagi, tidak wajar untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada jenama pakaian tersebut kerana proses penghasilan kain melibatkan pelbagai peringkat."Pendek kata, saya tidak akan salahkan jenama itu 100 peratus. Kilang kain sepatutnya menjalankan ujian color fastness bagi memastikan warna tidak mudah luntur."Atau mungkin selepas ini jenama tersebut boleh meminta pihak kilang melakukan ujian berkenaan bagi mengelakkan perkara sama berlaku pada masa akan datang," ujarnya.Pakaian baharu perlu dicuci dengan teknik yang betul untuk mengelakkannya rosak. -Gambar hiasan AIHakikatnya, masalah pakaian luntur warna bukanlah sesuatu yang asing dan boleh berlaku pada mana-mana jenama.Lebih memburukkan keadaan, bukan sahaja pakaian tersebut rosak, malah pakaian lain yang dibasuh bersama turut terkena tempias apabila warna berpindah.Sebelum mencari penyelesaian, penting untuk memahami punca mengapa pakaian boleh luntur warna.Menurut perkongsian syarikat perkhidmatan dobi, Dobi Harum, terdapat beberapa faktor utama yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.Punca baju turun warna:1. Pewarna tidak stabil atau tidak di-set dengan baik2. Penggunaan detergen yang terlalu kuat3. Suhu air yang terlalu panas4. Mencampurkan pakaian dengan warna berbeza5. Geseran kuat semasa mencuci6. Kualiti fabrik dan pewarna yang rendahCara mengatasi masalah pakaian luntur:1. Jangan campur pakaian sekali gusPisahkan pakaian mengikut warna sebelum mencuci. Selain itu, asingkan fabrik sensitif seperti linen atau sutera, dan gunakan beg cucian khas untuk pakaian dalam atau stoking.2. Gunakan air sejukAir sejuk dapat mengurangkan risiko warna turun atau luntur. Bagi fabrik yang mudah luntur seperti denim, pilih kitaran cucian lembut pada mesin basuh.3. Rendam pakaian baharu sebelum cucian pertamaCampurkan garam kasar atau cuka putih ke dalam air dan rendam pakaian baharu selama kira-kira 30 minit sebelum dicuci kali pertama.Garam membantu menstabilkan pewarna pada kain, manakala cuka putih bertindak sebagai agen pengikat warna supaya pewarna tidak mudah luntur.4. Pilih teknik cucian keringSesetengah pakaian yang mudah turun warna seperti batik atau fabrik rayon lebih sesuai dicuci menggunakan teknik dry cleaning atau cucian tangan dengan sabun lembut.Kesimpulannya, langkah penjagaan yang betul amat penting bagi memastikan pakaian kekal cantik dan tahan lama.Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan, pastinya tiada siapa mahu melihat baju raya baharu rosak hanya selepas sekali cucian.