SEORANG pegawai tentera berpangkat kapten direman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Kilometer 1.9 Lebuhraya Maju Expressway (MEX).Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, perintah reman dibenarkan bermula 24 hingga 28 April ini. "Permohonan reman dibacakan di hadapan Majistret, Guftan Nor Asyikin Murlikamal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai tentera disyaki mabuk rempuh Alza e-hailing… Pengantin lelaki baru kahwin maut di tempat kejadianUntuk rekod, suspek berusia 31 tahun yang ketika itu memandu kereta jenis Ford Fiesta dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan e-hailing MPV jenis Perodua Alza.Rempuhan mengakibatkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 22 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala isterinya yang berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah.Muzahid Millad merupakan pempengaruh permainan video dari Bangladesh.Kedua-dua mangsa dilaporkan dalam perjalanan ke ibu negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki kenderaan e-hailing berkenaan.Kemalangan turut mengakibatkan pemandu e-hailing berusia 41 tahun dan penumpang wanita yang menaiki Ford Fiesta, mengalami kecederaan.Siasatan awal di lokasi mendapati suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk berikutan hasil ujian pernafasan (saringan alkohol) menunjukkan bacaan melebihi had yang dibenarkan. Untuk rekod, mangsa, Muzahid Millad merupakan seorang pempengaruh permainan video dari Bangladesh yang lebih dikenali sebagai 'Advance Gaming' dengan jumlah pengikut di saluran YouTube melebihi 796,000.Kemalangan yang berlaku turut mencetuskan gelombang kesedihan antara komuniti permainan dalam talian Bangladesh, dengan tanda pagar seperti #JusticeForMuzahid dan #JusticeForAdvanceGaming tular di media sosial.