suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja pandu melulu sebabkan kematian 4 sekeluarga dibebaskan dengan jaminan polis

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis. -Foto Bernama (kiri)

REMAJA yang dipercayai memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor, pada 1 Jun lalu, dibebaskan sementara dengan jaminan polis.

Arahan pembebasan itu dibuat sementara menunggu proses dakwaan di mahkamah.

Isnin lalu, tempoh reman suspek disambung selama dua hari sebelum berakhir pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, tindakan membebaskan suspek itu dibuat selepas pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya sementara siasatan kes dilengkapkan.

Menurutnya, suspek berusia 19 tahun itu sebelum ini direman sejak 2 Jun lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, Bahrin berkata, suspek ditahan semula pada 5 Jun dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebaik tempoh reman lanjutan berakhir.

Dalam kejadian pada 1 Jun lalu, suspek dipercayai memandu sebuah Mercedes-Benz A250, manakala abangnya yang berusia 22 tahun memandu BMW 530e.

Kedua-dua kenderaan itu dipercayai dipandu secara melulu dan berbahaya sebelum terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan empat anggota sebuah keluarga.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Semek Mat Soh, 73, anaknya, Nor Azlina Abd Latip, 33, menantunya, Aiman Mohd Rashid, 36, serta anak saudara Aiman, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Abang kepada suspek yang turut terlibat dalam kejadian itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Artikel Lain