suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Hanya gurauan bersama netizen” - Lelaki dituduh fitnah tok batin isu Jaslinda munculkan diri, harap kes selesai cara baik

Pengguna akaun TikTok Anarchy7Sky tampil membuat permohonan maaf terbuka susulan isu memfitnah seorang tok batin.

PENGGUNA TikTok yang kini hangat terpalit kontroversi susulan dakwaan mempersendakan institusi tok batin serta seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu rakaman video.

Individu menggunakan akaun TikTok Anarchy7Sky [Tonton Video] itu mengakui terdapat kekhilafan dalam cara penyampaiannya sehingga menimbulkan prejudis dan syak wasangka terhadap komuniti Orang Asli serta pihak lain yang terlibat.

Menurutnya, dia sama sekali tidak berniat untuk menghina atau memperlekehkan mana-mana pihak, sebaliknya menegaskan kenyataan yang dikeluarkan ketika sesi siaran langsung (live) berkenaan hanyalah dalam suasana bergurau santai bersama para penontonnya.

"Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf sekiranya ia (tindakan) menggores hati dan perasaan mana-mana komuniti ataupun individu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Apa yang berlaku tidak seperti yang saya maksudkan dan bukan seperti fitnah yang tersebar. Ia hanyalah gurauan serta usikan saya bersama netizen ketika sedang membuat siaran langsung," katanya.

Bagi memperjelaskan situasi sebenar, dia sekali lagi menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah di luar maksud asalnya dan tersasar jauh daripada segala bentuk dakwaan yang kini sedang rancak tersebar di media sosial.

Katanya lagi, beberapa frasa atau kenyataan yang mencetuskan kemarahan ramai ketika siaran langsung itu sebenarnya dibuat sebagai reaksi spontan terhadap komen-komen yang dibaca daripada netizen ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sorok Jaslinda, tok batin Orang Asli lapor polis, anggap satu penghinaan - “Dakwaan itu amat menyakitkan hati”

"Ia hanya pendapat saya secara peribadi ketika berseloroh dengan netizen. Ada beberapa perkataan yang keluar tu hanya bacaan daripada komen sahaja.

"Apa-apa pun saya tetap menghormati pihak yang terlibat. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik," jelasnya lagi.

Pada Selasa, isu berkenaan mula tercetus apabila kira-kira 50 orang tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari tiga daerah tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan yang tular di media sosial terhadap Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh barisan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim, dan Kinta susulan tuduhan liar yang mengaitkan Mohd Asmmadi dengan penemuan semula Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sebelum ditemui selamat pada 6 Jun lalu.

Menurut Tok Batin KOA Lata Kinjang, Rani Bah Ulin, tindakan tegas itu terpaksa diambil selepas tersebarnya sebuah video di media sosial yang didakwa sarat dengan kenyataan tidak berasas, sehinggakan tergamak menjejaskan reputasi bersih Mohd Asmmadi serta institusi kepimpinan tok batin yang dihormati.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan seluruh masyarakat Orang Asli meluahkan rasa amat kecewa dan terkilan dengan fitnah kononnya Mohd Asmmadi sengaja menyembunyikan atau menahan Jaslinda sepanjang tempoh kehilangannya, sebelum wanita itu akhirnya ditemui oleh penduduk Orang Asli berhampiran KOA Lubuk Gaharu.

Artikel Lain