SELEPAS namanya diumum tersingkir daripada pertandingan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Viviana tampil memberikan kata-kata semangat kepada rakan peserta yang masih berjuang dalam program tersebut iaitu Amarra Sofea.Ini selepas Amarra atau lebih mesra disapa Ara G menerima kecaman susulan keputusan minggu suku akhir menyaksikan Viviana yang tersingkir. Dalam hal ini, Viviana, 20, berkata keputusan penyingkiran itu bukannya ditentukan oleh Amarra, malah dia melihat sendiri usaha keras dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak Azad Jasmin itu."Kepada adik saya, Ara G (panggilan Amarra), kakak bangga dengan awak sebab dah bertahan sejauh ini. Viviana memberi sokongan penuh kepada Amarra. "Awak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sayang kakak, kakak nampak kerja keras awak, kelas sampai lewat malam waktu orang lain dah tidur. "Untuk umur awak, saya bangga sangat sebab tak semua orang boleh buat apa yang awak tengah buat sekarang," katanya. Viviana menulis kata-kata semangat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Dalam pada itu, Viviana berharap Amarra dapat menjadikan segala kritikan dan pengalaman yang dilalui sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam industri seni."Jadikan semua ini sebagai pembakar semangat awak okay. ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni, Viviana tersingkir minggu suku akhir ARTIKEL BERKAITAN: “Nak popular sangat!” - Azad Jasmin dedah wajah pembuli siber"Kakak akan sentiasa menyokong dan sayang awak," ujarnya. Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian ibu Amarra iaitu pelakon Eira Syazira yang mengakui tersentuh dengan sokongan tidak berbelah bahagi diberikan Viviana kepada anaknya. "Awak buat saya menangis. Terima kasih kerana mengharungi setiap momen bersama kami. Viviana tersingkir di minggu suku akhir TTMM2. "Titipan kasih yang tidak berbelah bahagi kepada awak," katanya. Pada Ahad lalu, Viviana dan pengurusnya iaitu Ani Maiyuni tersingkir di peringkat suku akhir TTMM2. Penyingkiran Viviana mengundang perhatian ramai apabila segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut dan merasakan ada peserta lain yang selayaknya tersingkir.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!