suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Nak popular sangat!” - Azad Jasmin dedah wajah pembuli siber

Azad tegas demi kebaikan Amarra.

PELAKON dan penyampai radio Azad Jasmin tidak berdiam diri apabila anaknya menerima komen keterlaluan di media sosial yang dianggap sebagai satu bentuk buli siber.

Azad, 50, secara tegas turut memuat naik beberapa tangkap layar akaun pengguna media sosial yang melakukan tindakan kejam itu terhadap Amarra.

“Saya sudah pun memuat naik wajah mereka yang melakukan buli siber. Mereka berkeluarga, sudah berkahwin dan ada yang berhijab pun. Maki hamun kononnya nasihat, tetapi berbentuk buli.

Azad beri amaran hentikan buli siber terhadap anaknya. 

“Disebabkan ia dilakukan secara awam, jadi sesiapa yang saya muat naik foto itu, merekalah yang melakukan buli siber dengan sangat aktif sekarang,” katanya di Instagram.

Baginya, tindakan yang dilakukan itu merupakan satu bentuk pengajaran kepada orang ramai supaya tidak mudah terlibat dalam buli siber.

Malah, sebagai seorang bapa, Azad merasakan anaknya yang kini berusia 13 tahun tidak seharusnya menjadi sasaran kecaman di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dihina, Azad Jasmin tak berdiam... Ini pesanan 'makan dalam' untuk netizen 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen komen Amarra Sofea patut tersingkir, Eira Syazira pertahan anak… Beri ruang untuk belajar

“Janganlah maki anak-anak perempuan saya ini. Baru umur 13 tahun pun nak dimaki.

“Jadi, saya akan muat naik terus wajah sesiapa sahaja yang melakukan buli siber. Nak popular sangat, saya beri anda popular,” ujarnya.

Azad dan Eira tidak mahu Amarra terdedah dengan kes buli siber. 

Pelakon itu pada masa sama turut berkongsi nasihat agar orang ramai menghentikan sebarang komen yang menjurus ke arah buli siber.

“Sebelum anda nak maki anak-anak orang, tengoklah anak sendiri. Kalau nak maki, makilah saya seorang pun, tidak mengapa juga,” luahnya.

Azad dan Amarra antara yang menjadi tumpuan ramai selepas mereka terlibat sebagai peserta dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain