suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sakit tekak dan sukar bernafas, Puteri Sarah terpaksa dapatkan rawatan di hospital

Puteri Sarah berkongsi gambar dia menerima rawatan di hospital.

PELAKON Puteri Sarah Liyana terpaksa menerima rawatan di unit kecemasan sebuah pusat perubatan selepas mengalami sesak nafas akibat luka pada bahagian tekak atau ulser.

Selain faktor cuaca, Puteri Sarah, 41, juga tidak menolak masalah kesihatan dialami itu berpunca daripada jadual kerja yang terlalu padat.

"Sejak Isnin badan dah rasa tak sedap. Nak makan pun tak boleh sebab tekak sakit. Bila dah ada ulser, jadi susah nak bernafas.

Puteri Sarah akui jadual hariannya semakin sibuk. 

"Semalam (Selasa) terus ke unit kecemasan. Saya minta untuk buat rawatan. Hampir separuh hari juga saya di unit kecemasan," katanya ketika dihubungi mStar.

Puteri Sarah sebelum itu berkongsi gambar dirinya terbaring di katil ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Tambah pelakon itu, dia perlu mendapatkan rawatan segera kerana perlu menemani anaknya, Syaikhul Islam, yang terlibat dalam sebuah pertandingan bola sepak di Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya fikir saya lemah" - Luahan Puteri Sarah sempena Hari Ibu menyentuh hati 

ARTIKEL BERKAITAN: Masing-masing sudah ‘move on’, Puteri Sarah Liyana berbaik dengan Syamsul Yusof… Sambut raya bersama

"Tak mahulah kalau sakit di negara orang. Kita pun tak tahu tentang prosedur mendapatkan rawatan di sana. Saya pun akan ke sana selama enam hari.

"Jadi sebab itu perlu sihat sebelum ke Phuket. Tak mahu ada sebarang masalah apabila berada di sana nanti," jelasnya.

Berkongsi tentang jadual hariannya, Puteri Sarah berkata dia juga perlu menyiapkan tugasan kuliah selain sibuk menguruskan perniagaan produk miliknya.

"Sekarang ini saya memang sibuk dengan kerja. Buat siaran langsung selain kena siapkan tugasan. Setiap hari memang tidur lebih kurang tiga atau empat jam sahaja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain