SELEPAS lebih 10 tahun aktif dalam dunia seni, penyanyi Haqiem Rusli berkongsi kegembiraan apabila berjaya memiliki mikrofon sendiri untuk digunakan semasa persembahan.Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 28, meluahkan rasa teruja ketika mendapatkan mikrofon berkenaan. "Hari ini antara hari yang best untuk saya. Akhirnya saya ada mikrofon sendiri.Haqiem berkongsi keterujaan memiliki mikrofon sendiri. "Dah dekat berbelas tahun dalam industri baru nak beli mikrofon sendiri," katanya.Dalam rakaman video berkenaan, Haqiem dilihat hadir di sebuah studio yang sedang menyiapkan tempahan khas mikrofon berkenaan untuk dirinya.Pada bahagian bawah mikrofon tersebut turut terukir nama HR.ARTIKEL BERKAITAN: Hanya berani di media sosial, Haqiem Rusli kongsi pengalaman jadi mangsa buli siber... Pilih tidak dedahkan identiti pelaku ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli tetap semangat buat lagu, tak peduli dakwaan aura semakin pudarTambah penyanyi itu, dia sudah lama memasang hasrat untuk memiliki kelengkapan tersebut dan memberitahu akan menggunakannya untuk persembahan pentas.Malah, Haqiem turut mencuri perhatian apabila memberikan nama panggilan Mochiko kepada mikrofon miliknya itu."Saya pilih warna kelabu gelap. Dah lama mengidam, akhirnya dapat. Tak sabar nak guna.Impian Haqiem untuk miliki mikrofon sendiri akhirnya tercapai."Nama dia Mochiko. Sofia (isteri) yang beri nama," kongsinya.Haqiem juga sempat menyanyikan lagu Risk It All (nyanyian asal Bruno Mars) ketika menguji mikrofon berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!