BERKONGSI pengalaman sendiri, penyanyi Haqiem Rusli memberitahu dia tidak terlepas daripada menjadi salah seorang mangsa buli siber.Namun menurut Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 28, sikap individu yang melakukan tindakan buli di media sosial lazimnya tidak sama berbanding realiti. "Saya mahu kongsi pengalaman sendiri, segelintir berani buli orang di media sosial sahaja.Haqiem enggan mendedahkan si pembuli siber."Bila berdepan diam seribu bahasa," ujarnya.Haqiem menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap satu hantaran yang berkongsi pendapat tentang kes buli siber di Malaysia.Pengakuan tersebut turut mendapat komen balas yang meminta dia untuk mendedahkan identiti pembuli.ARTIKEL BERKAITAN: Ada artis tak puas hati, Haqiem Rusli pilih berdepan bukan cakap belakang... Buang sikap toksik sejak kahwinARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli tetap semangat buat lagu, tak peduli dakwaan aura semakin pudarNamun penyanyi lagu Tergantung Sepi ini memilih untuk tidak berbuat demikian.Baginya tindakan mendedahkan pelaku juga merupakan satu perbuatan buli di media sosial."Kalau saya dedahkan, tiada beza saya dengan pembuli siber," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!